1,000 kes bunuh diri di Malaysia libatkan remaja usia15 hingga 18 tahun

1,000 kes bunuh diri di Malaysia libatkan remaja usia15 hingga 18 tahun

Lebih dari 1,000 kes bunuh diri dicatatkan sejak tahun 2019 sehingga Mei tahun ini yang kebanyakannya melibatkan mangsa yang berusia 15 hingga 18 tahun, iaitu seramai 872 orang.

Berdasarkan makluman statistik bunuh diri Polis Diraja Malaysia (PDRM), Johor mencatatkan kes tertinggi pada tahun 2019 dan 2020 dengan 101 kes.

Dari Januari hingga Mei tahun ini, Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 117 kes.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan jumlah keseluruhan sepanjang tempoh 2019 hingga Mei tahun ini menjadikan secara purata dua kes bunuh diri setiap hari.

Pada 2019 ia mencatatkan 609 kes, pada 2020 dengan 631 kes dan dari Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 468 kes.

Statistik juga mencatatkan bahawa majoriti mangsa merupakan wanita (1,427) manakala 281 adalah lelaki.

“Kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur 15 hingga 18 tahun iaitu berjumlah 872 orang dan mangsa berumur 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang,” kata Abd Jalil dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tiga punca utama menyebabkan insiden bunuh diri merupakan masalah keluarga, tekanan perasaan dan masalah kewangan.

“Berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

“Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat,” katanya. SUMBER

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )