11 kes baru di Kubang Pasu: KKM dijangka umum langkah drastik

11 kes baru di Kubang Pasu: KKM dijangka umum langkah drastik

11 kes baru dikesan membabitkan kluster Sivagangga hari ini. Sebelum ini sebanyak 9 kes membabitkan kluster sama telah dikesan yang membabitkan pemilik kedai nasi kandar Haji Salleh iaitu Encik Nizar Mohamed Shaburbatha beserta 4 pekerja restoran tersebut.

Saringan seterusnya mendapati anak pemilik kedai nasi kandar juga didapati positif. Tambahan 2 kes iaitu seorang penjual santan berhampiran dengan premis nasi kandar berasal dari Megat Dewa dan seorang pemandu lori berasal dari Napoh.

Kelmarin, isteri kepada penjual santan juga didapati positif dan hari ini, seorang anak dan 2 cucu kepada penjual santan yang tinggal di Megat Dewa dan 8 ahli keluarga Pemandu Lori, 4 daripadanya tinggal di Napoh dan 4 daripadanya tinggal di Padang Sanai, Padang Terap juga dikesan positif menjadikan jumlah keseluruhan kluster tersebut mencecah 20 kes hari ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

Sementara itu, laporan menyebut komitmen penduduk untuk membuat saringan amat lemah. Keadaan diburukkan lagi apabila ketiadaan ketua kampung akibat pertukaran kerajaan negeri dan perlantikan JPKK masih tergantung.

Pegawai Kesihatan daerah akan mengadakan lawatan ke sekolah hari ini, dan akan mengarahkan sekolah untuk di sanitasi, sekolah hanya akan dibuka pada Selasa.

Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19. Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )