11 lagi kes kematian dicatat hari ini akibat Covid19
11 lagi kes kematian dicatat hari ini akibat Covid19

11 lagi kes kematian dicatat hari ini akibat Covid19

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 3 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,075 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 69,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,802 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,072 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 508 kes (47.3 peratus). Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan sebanyak 459 kes (90.4 peratus). Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 310 kes (28.8 peratus) dan diikuti dengan negeri Johor sebanyak 78 kes (7.3 peratus).

Sebanyak 48 kes (4.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (41 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Matambai (3 kes) dan Kluster Bakti (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
366 23536 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan obesiti
367 40949 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 70 Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan gout
368 45696 W.P. Kuala Lumpur Perempuan (WN) 74 Hospital Sungai Buloh
369 48520 W.P. Putrajaya Lelaki (WN) 79 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi
370 52129 Sabah Lelaki (WN) 64 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang kronik
371 52599 Johor Perempuan (WN) 71 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout
372 56656 Kelantan Perempuan (WN) 72 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Penyakit darah tinggi dan demensia
373 62601 Selangor Perempuan (WN) 77 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, asma, dislipidemia dan strok
374 63565 Selangor Lelaki (WN) 81 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit kemurungan
375 67156 Johor Perempuan (WN) 50 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit kencing manis dan obesiti
376 67391 Sabah Lelaki (WN) 79 Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan Penyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 3 Disember 2020, terdapat sebanyak 373 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 189 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit, Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Laut. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 184 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Usaha (84 kes), Kluster Kaya (74 kes) dan Kluster Hentian (60 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER MONSOON

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-63687) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KILANG

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula 15 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERDANA ENAM

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-53954) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUBOTA

Kluster ini melibatkan daerah Tawau  di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-59101) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 310 29,577
SELANGOR 459 (1) 15,534
W.P. KUALA LUMPUR 49 (1) 6,366
NEGERI SEMBILAN 52 5,175
KEDAH 32 2,642
PULAU PINANG 43 2,220
PERAK 26 1,858
JOHOR 78 1,627
W.P. LABUAN 9 (1) 1,365
SARAWAK 1 1,066
PAHANG 4 408
MELAKA 2 390
KELANTAN 9 381
TERENGGANU 1 238
W.P. PUTRAJAYA 0 205
PERLIS 0 43
JUMLAH KESELURUHAN 1,075 (3) 69,095

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,075 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 459 kes 
    • 307 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Monsoon;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 310 kes 
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam dan Kluster Jalan Kubota;
    • 156 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 78 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sebelas (11) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 52 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 49 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 43 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 32 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 26 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;  dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS