#13 HijauKuning! Terima Kasih Keon, Jasamu Di Kenang
#13 HijauKuning! Terima Kasih Keon, Jasamu Di Kenang

#13 HijauKuning! Terima Kasih Keon, Jasamu Di Kenang

Khairul Helmi Johari atau dikenali Keon dikalangan peminat antara legenda skuad hijaukuning yang telah berkhidmat bersama pasukan Kedah selama 14 tahun!

Selain itu, Keon antara pemain di Malaysia yang telah mencipta nama dengan memenangi semua kejohanan tempatan bersama satu kelab dalam kabinet kejuaraan peribadi beliau antaranya, Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Premier, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sinonim dengan jersi bernombor 13, beliau pernah diamanahkan sebagai ketua pasukan di era jurulatih Tan Cheng Hoe, Ramon Marcote dan Nidzam Adzha.

Permulaan kerjaya bersama skuad hijaukuning sejak 2007 hingga 2020, bersama satu pasukan yang sama bukanlah mudah namun menzahirkan disiplin tinggi dan watak pemain yang patut dicontohi mengekalkan prestasi selama 14 tahun! Walaupun tidak berada dalam perancangan pasukan di musim 2021, beliau antara pemain yang masih mampu beraksi dalam perlawanan kompetitif!

Walaupun dimana Keon berada, Keon adalah legenda hijaukuning!

Warga KFA mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya beliau di masa hadapan, dengan komitmen yang dipamerkan selama ini, beliau adalah aset buat mana-mana pasukan.

KHJ13 SELAMANYA HIJAUKUNING!

#legenda13 #keon #thankyou

TERIMA KASIH KEON, SENTIASA #13 HIJAUKUNING!

Khairul Helmi Johari atau dikenali Keon dikalangan peminat antara legenda…

Posted by FA Kedah on Monday, 23 November 2020

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS