13 Pelajar pukul rakan sekelas ditangkap!
13 Pelajar pukul rakan sekelas ditangkap!

13 Pelajar pukul rakan sekelas ditangkap!

LANGKAWI: Polis menahan 13 pelajar dari sebuah sekolah menengah di sini yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan empat dari sekolah yang sama.

“Lima daripada pelajar tersebut adalah dari kelas yang sama dengan mangsa dan bakinya adalah dari kelas lain.

“Seramai 12 daripada mereka ditahan pada pukul 12.30 tengah hari  dan seorang ditahan pada 3 petang ini, dan rakaman percakapan suspek sedang diambil,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di sini didapati dipukul hampir 10 orang pelajar lelaki lain dalam satu video yang tular dalam media sosial di sini hari ini.

Video yang berdurasi 25 saat itu  menunjukkan pelajar yang dibuli itu  menyatakan sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar-pelajar lain dalam sebuah kelas.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan pelajar tersebut dibaling dengan meja tulis di kepalanya.

Rakaman video yang tular:

(Visited 465 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )