14 pemain JDT dipanggil Kim Pan Gon
14 pemain JDT dipanggil Kim Pan Gon

14 pemain JDT dipanggil Kim Pan Gon

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah memanggil 30 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022).

Latihan pusat yang bermula 14 Mac itu menyaksikan 15 pemain dari skuad 24 pemain Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Disember lalu dipanggil semula untuk kem latihan pusat pertama di bawah kendalian Pan Gon ini.

Mereka terdiri daripada Syahmi Safari, Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng, Faisal Halim, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Kogileswaran Raj, Syafiq Ahmad, Dominic Tan, Luqman Hakim Shamsudin dan Dion Cools.

Selain itu, beberapa pemain yang sebelum ini sentiasa menjadi pilihan utama membarisi skuad negara kembali dipanggil semula seperti Farizal Marlias, Corbin-Ong, Mohamadou Sumareh dan Syamer Kutty Abba.
Kehadiran semula perancang kreatif, Safiq Rahim bersama Nathaniel Shio Hong Wan juga dilihat menambah pilihan berkualiti buat Pan Gon di jentera tengah.

Bagi kem latihan pusat kali ini, skuad Harimau Malaya akan turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama lapan hari bermula Isnin depan sebelum dijadual berlepas ke Singapura pada 22 Mac depan.

Harimau Malaysia akan bertemu Filipina pada 23 Mac dan diikuti Singapura tiga hari kemudian serta satu lagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac di mana ketiga-tiganya berlangsung di Singapura.–MG

(Visited 68 times, 1 visits today)

COMMENTS