2 gol Kipre pastikan Kedah di landasan kemenangan
2 gol Kipre pastikan Kedah di landasan kemenangan

2 gol Kipre pastikan Kedah di landasan kemenangan

Pasukan bola sepak Kedah FA kembali ke landasan kemenangan apabila menumpaskan PDRM FA dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung semalam. Kedua-dua gol pasukan Kedah dijaringkan pada separuh masa yang pertama.

Perlawanan yang dihidangkan oleh kedua-dua pasukan semalam dilihat begitu sengit dengan kedua-dua belah pihak sentiasa melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan. Namun pasukan Kedah dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran cantik dan merbahaya ke kawasan penalti pihak lawan. Pasukan Kedah juga beberapa kali mencipta peluang untuk menggegarkan gawang PDRM namun percubaan melewati palang gol.

Walaupun perlawanan semalam dijalankan tanpa kehadiran peminat dari kedua-dua pasukan, namun para pemain tetap bersemangat di sepanjang perlawanan. Hantaran yang cantik serta kualiti permainan yang dihidangkan semalam cukup membanggakan.

Serangan berlati arus dari pasukan Kedah akhirnya berhasil apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena pemain pertahanan import PDRM . Tchetche Kipre dengan tenang mengambil sepakan penalti dan gol pertama Kedah muncul pada minit ke 29′.

Pasukan Kedah menggandakan serangan bertali arus ke arah gawang lawan namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang PDRM. 7 minit berselang, Kedah sekali lagi mendapat gol ke 2 pada minit ke 36′ apabila Tchetche Kipre bijak memanfaatkan umpanan dari tepi dengan tendangan yang padu ke gawang PDRM.

Separuh masa kedua berlangsung dengan serangan dari kedua-dua pasukan, namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan. Tamat perlawanan di antara Kedah FA dan PDRM FA dengan keputusan 2-0.

Pasukan Kedah kini berada di kedudukan ke-4 liga setelah lima perlawanan dengan mengumpul tujuh mata di belakang JDT, Terengganu FC dan Perak. Perlawanan Kedah yang seterusnya adalah bertemu dengan PJ City FC pada 5 September 2020 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

 

 

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS