2 kes baru Kluster Tawar di negeri Kedah
2 kes baru Kluster Tawar di negeri Kedah

2 kes baru Kluster Tawar di negeri Kedah

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,959 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,267 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan lima (5) bukan warganegara. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara:

  1. Jepun (3 kes di Sarawak);
  2. Indonesia (3 kes: 2 kes di Selangor dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  3. Republik Maldives (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  4. Mexico (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Kedua-dua kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN KLUSTER ALAM

KKM ingin memaklumkan status terkini bagi Kluster Tawar dan Kluster Alam yang telah melaporkan kes baharu pada hari ini seperti berikut:

  1. Kluster Tawar

Dua (2) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 65 kes. Sehingga 23 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,286 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,758 disaring):
    • 54 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,362 individu negatif; dan
    • 342 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (517 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 506 individu negatif.
  3. Perak: Kesemua 11 saringan adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

  • Kluster Alam

Tiga (3) kes baharu telah dilaporkan dalam kluster ini. Sehingga 23 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 27 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
  • 18 individu negatif; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 31
KEDAH 2 200
PULAU PINANG 0 136
PERAK 0 269
SELANGOR 2 (2) 2,155
NEGERI SEMBILAN 0 1,034
MELAKA 0 259
JOHOR 0 751
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 0 417
SARAWAK 3 (3) 691
W.P. KUALA LUMPUR 3 (3) 2,558
W.P. PUTRAJAYA 0 99
W.P. LABUAN 0 23
JUMLAH KESELURUHAN 10 (8) 9,267

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS