2,000 TOPENG MUKA PERCUMA DI PASAR AWAM SUNGAI PETANI.
2,000 TOPENG MUKA PERCUMA DI PASAR AWAM SUNGAI PETANI.

2,000 TOPENG MUKA PERCUMA DI PASAR AWAM SUNGAI PETANI.

SUNGAI PETANI – Adun Bakar Arang, YB Simon Ooi Tze Min, turun padang mengagihkan sebanyak 2,000 topeng muka secara percuma kepada orang awam, di Pasar Awam Sungai Petani, pagi ini.

Topeng muka percuma itu diedarkan sendiri oleh beliau kepada orang awam, peniaga dan pengusaha gerai makanan di kawasan pasar berkenaan bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID-19.

Sebagai tanda keprihatian dalam menangani penularan COVID-19, YB Simon bersama-sama sukarelawan dari Pusat Khidmat Adun Bakar Arang meluangkan masa hampir sejam di pasar awam berkenaan.

Beliau memilih lokasi pasar awam itu kerana ia merupakan lokasi tumpuan orang awam di daerah ini di mana rata-rataketua keluarga singgah pada waktu pagi untuk membeli keperluan barangan basah bagi keperluan harian mereka.

Walaupun pihak PBT di negeri sudah pun mengawal supaya pembeli dan peniaga mematuhi kawalan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter, langkah berjaga-jaga elak penularan wabak ini.

YB Simon berharap sumbangan topeng muka (mask) membuatkan orang awam keluar untuk urusan penting dalam keadaan selamat terutamanya ketika menghadiri tempat awam khususnya kepada mereka yang mempunyai gejala batuk dan selesema, pada ketika ini.

Tze Min yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah berharap Kerajaan Pusat juga akan segerakan mengedarkan topeng muka percuma kepada isi rumah di negeri ini.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat mengumumkan sebanyak 24.62 juta topeng muka diedarkan percuma kepada setiap isi rumah menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai untuk menjaga kebersihan diri kerana ia boleh mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit seperti basuh tangan dan kekal duduk di rumah sekiranya tidak ada urusan penting di luar.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS