25 kes baharu hari ini, 16 tempatan dan 9 kes import

25 kes baharu hari ini, 16 tempatan dan 9 kes import

25 kes baharu dicatatkan hari ini dengan menyaksikan 16 kes merupakan jangkitan tempatan dan selebihnya kes import. PUI Sivagangga menyumbang kepada 10 kes baru di Perlis dan masing-masing 1 kes baru di Kedah dan Pulau Pinang.

10 kes baru di Perlis melibatkan satu keluarga di Kuala Sanglang. 10 sekeluarga terbabit terdiri daripada ibu dan bapa, anak berumur 40 tahun, 35 tahun, 27 tahun, 21 tahun, 16 tahun, 13 tahun , 11 tahun dan 3 tahun. Semuanya berasal dari Kg. Tanah Timbul, Sanglang.

Berikut adalah ringkasan perincian kes baharu (25 KES)

PERLIS – 10
10 kes jangkitan tempatan WN saringan kontak rapat kes PUI Sivagangga

KEDAH -1
1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI Sivagangga

PULAU PINANG-1
1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI Sivagangga

PERAK-2
2 kes jangkitan tempatan WN Kes Influenza like illness (ILI)

SELANGOR-2
1 kes import WN pulang dari Emiriah Arab Bersatu
1 kes import WN pulang dari Turki

WPKL – 3
1 kes import BWN pulang dari Djibouti, Afrika Timur
1 kes import WN pulang dari Australia
1 kes jangkitan tempatan saringan kendiri

JOHOR-1
1 kes jangkitan tempatan BWN tahanan PATI dari Filipina

SARAWAK
1 kes import WN pulang dari Yaman

SABAH – 4
4 kes import WN pulang dari Filipina

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (2 )