2500 KELUARGA DI DUN PENGKALAN KUNDOR MENERIMA BARANGAN KEPERLUAN.
2500 KELUARGA DI DUN PENGKALAN KUNDOR MENERIMA BARANGAN KEPERLUAN.

2500 KELUARGA DI DUN PENGKALAN KUNDOR MENERIMA BARANGAN KEPERLUAN.

ALOR SETAR – Sebanyak 2500 keluarga di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pengkalan Kundor dekat sini menerima bantuan bekalan makanan bagi membantu meringankan beban ditanggung di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac yang lalu sehingga hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Agama, Pembangunan Luar Bandar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, Dato Dr Ismail Salleh yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor berkata bekalan makanan bagi dun ini diagihkan menerusi kupon belian.

“Dalam fasa kedua ini kami mengumpul senarai nama mereka yang menerima bantuan secara atas talian dengan bantuan MPKK serta wakil taman.”

“Setiap keluarga yang dikenal pasti akan menerima kupon belian yang boleh ditebus di pasaraya seperti TF Mart Kuala Kedah, TF Mart Simpang Empat, Pacific Alor Setar Mall dan Agro Bazar Simpang Empat.”

Katanya, “Kami menggunakan mekanisma kupon belian kepada penerima supaya kepatuhan PKP dapat dipatuhi oleh rakyat di dalam kawasan Dun ini.”

Ismail menambah, beliau memperkenalkan konsep kupon kepada penerima supaya setiap keluarga dapat menikmati bantuan yang diberikan dan pada masa yang sama rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

“Hanya ketua keluarga yang boleh untuk keluar menebus kupon yg diberikan.Jadi mereka tidak perlu merisikokan diri untuk keluar dan berhimpum bagi mendapatkan bantuan”.

“Agihan akan dilakukan secara berperingkat mulai hari ini dan mereka yang telah dipilih haruslah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi mengekang wabak ini dari terus menular,” Katanya.

Baru-baru ini,Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100,0000.00 untuk bantuan barangan makanan bagi rakyat yang terputus bekalan menerusi Pusat khidmat dan Penyelaras Dun dalam negeri kedah.

#Stayathome

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS