2,525 kes baru: Penutup tahun 2020
2,525 kes baru: Penutup tahun 2020

2,525 kes baru: Penutup tahun 2020

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Hari ini, hari terakhir bagi tahun 2020, Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita iaitu sebanyak 2,525 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 113,010 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,598 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,512 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes (47.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 995 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes (11.8 peratus) dan Melaka sebanyak 239 kes (9.5 peratus).

Sebanyak 304 kes (12.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes), Kluster Pagar Siput (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Pagar Bentong (2 kes), Kluster Tembok Gajah (1 kes), Kluster Tembok (1 kes), Kluster Kolam Air (1 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 131 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 471 kes (0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/Tempat Kematian Latar Belakang
464 69055 Johor Lelaki (WN) 79 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, kanser prostat, dan Myelodysplastic Syndrome
465 85148 Selangor Perempuan (WN) 62 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan strok
466 88906 Johor Lelaki (WN) 69 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Penyakit darah tinggi dan strok
467 101000 Selangor Perempuan (WN) 78 Hospital Sungai Buloh Rheumatoid arthritis
468 105084 Kelantan Perempuan (WN) 58 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Penyakit darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang kronik
469 106289 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 39 Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
470 106622 Kedah Lelaki (WN) 71 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang kronik
471 109360 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, buah pinggang kronik, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 31 Disember 2020, terdapat sebanyak 511 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 286 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teduh, Kluster Jaya dan Kluster Berendam. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 225 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (371 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes),  dan Kluster Teratai (151 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN GALAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Klang dan Hulu Langat di Selangor; serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103899) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BAHARU

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang dan saringan kontak rapat. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER PEKELILING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER JALAN RASAH

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98370) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Disember 2020 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 299 37,040
SELANGOR 1,205 32,393
WP KUALA LUMPUR 222 (5) 13,489
NEGERI SEMBILAN 78 7,828
JOHOR 194 5,734
PULAU PINANG 92 3,488
PERAK 33 3,195
KEDAH 24 3,024
WP LABUAN 63 (8) 1,701
PAHANG 15 1,365
MELAKA 239 1,225
SARAWAK 2 1,117
KELANTAN 37 758
TERENGGANU 17 325
WP PUTRAJAYA 5 282
PERLIS 0 46
JUMLAH KESELURUHAN 2,525 (13) 113,010

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,525 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,205 kes 
    • 786 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Galah;
    • 209 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 210 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 299 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 202 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 94 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 239 kes
    • 233 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 222 kes
    • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Datuk;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 194 kes
    • 117 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Baharu  dan Kluster Pekeliling;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 78 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rasah;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 63 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 37 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 33 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 24 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 17 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Satu (1) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS