3 Faktor Kemenangan bergaya Malaysia atasi Laos
3 Faktor Kemenangan bergaya Malaysia atasi Laos

3 Faktor Kemenangan bergaya Malaysia atasi Laos

Kejayaan skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan Sukan SEA ini pastinya memberi kegembiraan buat para penyokong negara setelah sebelum itu Malaysia dilihat sedikit sendu dalam aksi Piala AFF B-23.

Namun, Malaysia diberi cabaran yang agak sengit ketika menewaskan Laos semalam, dalam aksi yang berlangsung di Stadium Thien Truong dengan keputusan 3-1.

Baca Juga: Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?

Berikut merupakan 3 faktor kemenangan bergaya Malaysia atasi Laos

Luqman Hakim berjaya mainkan watak penting buat pasukan Malaysia

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila menjadi watak penting ketika membantu Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Laos 3-1.

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim

Pemain KV Kortrijk itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Brad Maloney untuk mengetuai jentera serangan bersama-sama Danial Asri dan juga Shahir Bashah.

Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan apabila terus menekan barisan pertahanan Laos seawal minit pertama permainan dan akhirnya berjaya mencetak 2 gol sekali gus membantu Malaysia menundukkan Laos.

Syahir Bashah terus konsisten dalam menjalankan tugasnya

Pemain Selangor FC, Syahir Bashah meneruskan aksi cemerlang di temasya Sukan SEA Hanoi apabila beliau juga berjaya mencatatkan nama selaku penjaring.

Fokus dan ketenangan yang ditampilkan Syahir telah meletakkan Malaysia selesa mendahului pada babak separuh masa pertama permainan. Beliau berjaya membantu jentera serangan pasukan untuk menjadi lebih agresif dalam usaha untuk mencetak jaringan.

Konsistensi pemain berbakat ini sudah mula ditonjolkan dalam perlawanan tempoh hari ketika Malaysia menewaskan pasukan Thailand. Aksi bertenaga dan kualiti yang dimiliki Syahir pastinya akan terus ditagih Brad Maloney dalam perlawanan mendatang.

Pemain Laos kekurangan tenaga menurut Jurulatih Laos, Michael Weiss

Weiss menyenaraikan sebab utama yang dirasakan menjadi punca kekalahan kepada Malaysia. Antara sebab yang didedahkan ialah pemain Laos kekurangan tenaga kerana sudah beraksi tiga perlawanan, hilang tonggak utama dan pemain melepaskan gol mudah.

Jurulatih Laos, Michael Weiss

“Kami kekurangan tenaga dan kebanyakannya adalah gol mudah tetapi sememangnya Malaysia menguasai perlawanan tetapi kurang mencipta peluang bagaimanapun mereka berhak menang tanpa ragu, kalau boleh saya mahukan pasukan saya dalam keadaan segar kerana mereka sudah menghadapi tiga perlawanan.

“Ia berbeza kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini dan saya tahu serba sedikit bagaimana menghadapinya tetapi kami tidak bertenaga hari ini, pemain terbaik saya nombor 17 yang bermain dengan cemerlang ketika menentang Kemboja tidak dapat diturunkan hari ini dan juga dua atau tiga lagi pemain yang tidak bersedia untuk beraksi selama 90 minit”, katanya seperti dipetik Bernama.

Pada perlawanan seterusnya, Malaysia bakal berhadapan Singapura hari Sabtu ini serta Kemboja pada 16 Mei dalam misi anak buah Maloney untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir serta melakar kejayaan dalam Sukan SEA tahun 2022.

Baca Juga: 3 pemain ‘Left Back’ tempatan bisa bikin Kim Pan Goon ‘tersenyum’

(Visited 503 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )