3 kes di Kedah hari ini, Pulau Pinang pula catat kluster baru

3 kes di Kedah hari ini, Pulau Pinang pula catat kluster baru

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 52 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,219 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 734 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 52 kes baharu yang dilaporkan, 12 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara dari negara:

  • India: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
    • Tiga (3) kes dilaporkan di Selangor; dan
    • Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor.
  • BangladeshSatu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Yaman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Rusia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 40 kes penularan di dalam negara, 26 kes adalah warganegara Malaysia dan 14 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah:  36 kes
    • 27 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 15 warganegara dan 12 bukan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan dua (2) warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan satu (1) warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan satu (1) warganegara;
    • Satu (1) kes saringan komuniti Semporna yang melibatkan satu (1) warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan satu (1) bukan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan sebelum masuk kerja yang melibatkan satu (1) bukan warganegara; dan
    • Dua (2) kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan dua (2) warganegara.
  • Kedah: Tiga (3) kes saringan komuniti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar yang melibatkan tiga (3) warganegara; dan
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada Kluster Ara, iaitu kluster baru yang melibatkan satu (1) warganegara.

Kesemua kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI PULAU PINANG: KLUSTER ARA

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Pulau Pinang. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan warganegara Malaysia (iaitu kes ke-10024). Kes indeks telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu (1) kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kes positif ini (kes ke-10217) merupakan merupakan anak saudara kepada kes indeks (iaitu kes ke-10024). Kes dikesan positif COVID-19 pada 19 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Sehingga 20 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 16 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Dua (2) dikesan positif COVID-19; dan
  • 14 dikesan negatif.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI BAGI EMPAT (4) KLUSTER DI SABAH

Kluster Benteng LD

Terdapat 27 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 578 kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 8,627 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Tawau (6,345 disaring);
    • 426 kes dikesan positif COVID-19 (27 kes baharu);
    • 4,120 individu negatif; dan
    • 1,799 individu menunggu keputusan.
  2. Lahad Datu (2,281 disaring):
    • 151 kes dikesan positif COVID-19;
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 824 individu menunggu keputusan.
  3. Sandakan (1 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 475 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,241 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 3,314 kontak sosial di mana 53 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 578 kes positif COVID-19, 287 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 291 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (191 kes); dan
  • Indonesia (100 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Kluster Selamat

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak tujuh (7) kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 213 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
  • 206 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua tujuh (7) kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan warganegara Malaysia.

Kluster Bakau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bakau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak empat (4) kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 162 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 158 individu menunggu keputusan.

Empat (4) kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan dua (2) kes warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara (Filipina).

Kluster Pulau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 15 kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 402 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (327 disaring):
    • 12 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 133 individu negatif; dan
    • 182 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna (75 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 72 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 15 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala dua (2) adalah warganegara Filipina.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )