3 pemain baru mampu bantu Kedah di Piala AFC atau sebaliknya?
3 pemain baru mampu bantu Kedah di Piala AFC atau sebaliknya?

3 pemain baru mampu bantu Kedah di Piala AFC atau sebaliknya?

Debaran perlawanan pertama bagi peringkat Kumpulan G untuk saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pastinya semakin dirasai dalam kalangan peminat Kedah Darul Aman (KDA) kini.

Kedah memulakan kempen saingan Liga Super mereka dengan langkah kanan apabila berjaya menang dalam tiga perlawanan awal, namun prestasi mereka secara tiba-tiba merosot dan ia telah menimbulkan kebimbangan penyokong.

Seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, pasukan Sang Kenari kemudian berdepan masalah kecederaan dua tonggak utama iaitu Jang Suk-won yang terpaksa bersara dan Dennis Buschening mengalami kecederaan yang perlukan masa yang lama untuk pulih.

Sebentar tadi, para pemain dan pegawai KDA telah pun berlepas ke Bali, Indonesia bagi menghadapi saingan tersebut pada 24 Jun ini termasuk import baharu mereka yang baru diumumkan semalam.

Baca Juga: Aidil yakin Sanrawat bakal menyinar bersama Kedah menjelang Piala Afc

Kedah berjaya melakukan rombakan apabila membawa masuk beberapa pemain yang dijangka mampu membantu pasukan iaitu Akmal Zahir dari Melaka United FC, Mahmoud Al-Mardi dari Al-Muharraq dan Sanrawat Dechmitr dari Ratchaburi Mitr Phol.

Dua pemain baru iaitu Akmal dan Sanrawat telah pun turun beraksi dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini tetapi Mahmoud belum lagi sempat untuk beraksi bersama rakan sepasukan berikutan beliau baru sahaja menandatagani kontrak sehari sebelum pasukan terbang ke Bali.

Baca Juga: Sonny Norde angkat kaki, sertai Kedah?

Di atas kertas, sudah semestinya pasukan Hijau Kuning ini dilihat antara pasukan yang kurang membuat persiapan berikutan masalah yang dihadapi, tetapi dalam dunia bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Walaupun mereka dapat juga mempersiapkan skuad untuk kempen Piala AFC, tetapi persoalan yang timbul dalam kalangan peminat adakah percaturan disaat-saat akhir yang dilakukan oleh Aidil akan membuahkan hasil atau sebaliknya.

Kedah dijangka akan menguatkan bahagian tengah mereka dengan tiga import iaitu Dechi Marcel, Sanrawat dan Mahmoud yang mana ketiga-tiga pemain ini adalah pemain di posisi tengah.

Berdasarkan ‘pembelian’ pemain baru ini, ternyata pengendali dari Singapura itu mahu mengukuhkan bahagian tengah yang ketika ini sangat ‘longlai’ dan menyumbang kepada bolos yang banyak dalam saingan Liga Super.

Diharap dengan kemasukan pemain-pemain baru ini, ia akan memberi dimensi baru dalam corak permainan Kedah yang mana bukan penyokong pasukan itu sendiri yang menyokong tetapi juga penyokong lain juga kerana pasukan dari utara itu akan mewakili Malaysia.

Kedah telah diundi dalam Kumpulan G yang mana mereka akan membuka tirai dengan menentang tuan rumah iaitu Bali United pada 24 Jun ini.

Dengan situasi pasukan Kedah ketika ini, mereka dijangka bakal berdepan laluan berliku terutamanya apabila menentang pasukan Bali United yang bukan sahaja mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri, tetapi mereka juga akan berdepan dengan juara Liga 1 Indonesia.

Apa sahaja boleh berlaku dan Kedah sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang mampu melakukan kejutan dan ini bukanlah kali pertama mereka beraksi di pentas Piala AFC.

Menurut Harimau Malaya, pencapaian terbaik Kedah dalam saingan Piala AFC ini adalah pada tahun 2008 apabila mereka berjaya layak ke suku akhir tetapi tumpas di tangan Al-Muharraq.

Selain Kedah, sebuah lagi pasukan dari Malaysia iaitu KL City FC juga akan beraksi di Piala AFC yang mana mereka akan menjadi tuan rumah.

(Visited 1,068 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )