3 Punca JDT tewas pada Kawasaki Frontale menurut Azraai Khor
3 Punca JDT tewas pada Kawasaki Frontale menurut Azraai Khor

3 Punca JDT tewas pada Kawasaki Frontale menurut Azraai Khor

PEMINAT bola sepak tempatan khususnya Johor Darul Takzim (JDT) mungkin masih diselubungi rasa hairan dengan kejayaan kelab Jepun Kawasaki Frontale, berpesta gol membenam skuad Harimau Selatan 5-0 pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL), pada Ahad.

Rasa hairan tersebut sudah tentu disebabkan kejayaan yang dicipta Kawasaki Frontale, hadir hanya tiga hari selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Khamis lepas.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan ke-3 Liga Juara-Juara Asia

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

Memetik Laporan HotstuffMalaysia.com berikut merupakan 3 Sebab mempengaruhi kekalahan JDT menurut Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah

Penggiliran pemain atau ‘squad rotation’

“Penggiliran pemain atau ‘squad rotation’ selalunya dibuat kalau seseorang jurulatih itu rasa terdapat tanda-tanda kelesuan pada pemainnya, disebabkan jadual perlawanan yang padat,” kata jurulatih berpengalaman Mohd Azraai Khor Abdullah ketika dihubungi pada Isnin.

“Saya pernah bawa pasukan harungi liga domestik dan pada masa sama kena persiapkan untuk kejohanan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), sama macam dilalui Benjamin (Mora). Tujuan (penggiliran) tak lain tak bukan sebab kita mahu pemain berehat, supaya lebih segar untuk aksi seterusnya,” katanya.

Penggiliran dilakukan ‘memakan diri sendiri’

Beliau juga berkata, setiap jurulatih menyedari pendekatan penggiliran pemain mempunyai risiko tersendiri, dan impak negatif daripada percaturan itu dapat dilihat apabila JDT gagal beraksi pada tahap terbaik, tanpa beberapa pemain utamanya sehingga dibolosi lima gol dengan mudah.

Menurut jurulatih yang membimbing Kedah menjulang kejuaraan Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008, sesebuah pasukan memerlukan jumlah pemain setara yang mencukupi, untuk memastikan penggiliran dilakukan tidak ‘memakan diri sendiri’.

Pemain yang diturunkan Mora tidak dapat menandingi tahap prestasi barisan pemain yang direhatkan

Dalam konteks JDT, Mohd Azraai berkata, beberapa pemain yang diturunkan Mora pada aksi Ahad tidak dapat menandingi tahap prestasi barisan pemain yang direhatkan.

Nazmi Faiz (tengah) cuba menghalang pemain Kawasaki Forntale, Chanatip Songkrasin

“Sebab itu aksi pertama JDT ‘very impressive’, di bahagian tengah Kawasaki Frontale tak boleh buat apa kerana ada Leandro dan beberapa pemain utama mampu kawal keadaan, berbanding semalam banyak kemasukan dan hantaran mudah dibuat Kawasaki Frontale, itu lah bezanya,” kata Mohd Azraai.

Meskipun tewas, JDT masih di landasan tepat untuk layak ke pusingan kalah mati apabila berada di kedudukan kedua berkongsi tujuh mata bersama wakil Korea Selatan Ulsan Hyundai FC (ketiga), manakala kelab China Guangzhou FC tercorot tanpa sebarang mata.

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu akan menamatkan baki dua perlawanan saingan Kumpulan I menentang Guangzhou Rabu ini, sebelum membuat perhitungan berdepan Ulsan Hyundai pada Sabtu. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

“Sudah pasti dia (Mora) akan dapat skuad yang lagi segar untuk habiskan dua perlawanan itu,” kata Mohd Azraai. — Bernama

Baca Juga : Peminat Kedah risau persediaan Kedah berdepan cabaran Piala AFC?

Baca Juga : Aidil akui tidak dapat terima aksi longlai Kedah DA FC

(Visited 395 times, 1 visits today)

COMMENTS