3 Sebab Hajat Kedah bawa pulang Akhyar Rashid bakal tertangguh?
3 Sebab Hajat Kedah bawa pulang Akhyar Rashid bakal tertangguh?

3 Sebab Hajat Kedah bawa pulang Akhyar Rashid bakal tertangguh?

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid akan dipinjamkan Kedah Darul Aman FC pada jendela perpindahan kedua ini.

Bagaimanapun kenyataan mengenai ‘tokong’ yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini nampaknya dengan jelas bahawa berkemungkinan Akhyar tidak dapat dipinjamkan ke pasukan Kedah atau tertangguh.

Berikut 3 Sebab Hajat Kedah bawa pulang Akhyar Rashid bakal tertangguh

Baca Juga: ‘Sandro Kembali ke Kedah?’ – Bekas SUA Kedah DA FC luah isi hati

Sanusi mengeluarkan kenyataan tidak mahu wujud ‘tokong’ dalam bola sepak tanah air

Semuanya berlaku selepas Sanusi mengeluarkan kenyataan tidak mahu wujud ‘tokong’ dalam bola sepak tanah air, yang mana tidak lama kemudian JDT mengumumkan bahawa Syafiq Ahmad akan kembali menyertai pasukan itu selepas international break.

Ramai yang percaya keputusan itu dibuat berpunca daripada kenyataan dari Menteri Besar Kedah itu baru-baru ini walaupun Sanusi tidak menyebut mana-mana nama atau individu yang dimaksudkannya itu.

JDT Tidak memberikan sebab mengapa kontrak pinjaman Syafiq Ahmad selama semusim dipendekkan.

Sememangnya JDT mempunyai hak untuk memendekkan tempoh pemain yang dipinjamkan kepada pasukan lain tetapi tindakan drastik ini sedikit sebanyak memberi gambaran punca mereka berbuat demikian.

Sanusi sekali lagi tampil membuat pendedahan terbaru mengenai individu yang digelarnya ‘Tokong’.

Dalam pendedahan terbarunya, Sanusi berkata; “Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu. Kawan (ada pihak) nak pergi latih sana, kena tanya dia dulu.”

Malah beliau juga berkata individu tersebut akan pergi ke pasukan lain dan beri bonus sekiranya berjaya menewaskan Kedah.

Sanusi juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan segala ‘cerita’ berkaitan individu itu kerana baginya sukan bola sepak adalah sukan untuk semua orang.

Baca Juga: Hentikan Provokasi Dan Kontroversi Murahan Wahai MB Kedah – Asmirul

Sementara itu, kenyataan terbaru Sanusi yang mahu mendedahkan individu tersebut turut mendapat perhatian pemilik JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mendesak Sanusi mendedahkan nama dan ceritanya segala-galanya untuk bersama bukti dan fakta.

Memetik laporan Harimau Malaya walaupun berita mengenai Akhyar bakal kembali ke Darul Aman hanyalah sekadar khabar angin, tetapi jika ianya berlaku ia akan menjadi satu berita baik buat bekas pemain sayap Kedah itu untuk mendapatkan minit permainan.

Berdasarkan statistik di transfermarket pada musim ini Akhyar baru sahaja membuat satu penampilan dengan tujuh minit permainan sahaja. Ia sesuatu yang amat tidak bagus untuk seseorang pemain kerana ia akan menjejaskan prestasi pemain apabila turun beraksi.

Situasi itu telah dibuktikan Syafiq yang sebelum ini yang jarang mendapat tempat dan minit permainan ketika bersama pasukannya.

Bimbang karier bola sepaknya akan ‘hilang’, beliau telah memohon pelepasan untuk dipinjamkan kepada Kedah dan ternyata Syafiq kembali mempamerkan aksi berkualiti termasuk mencetak nama sebagai penjaring gol.

Baca Juga: Alvaro silva sah kembali sarung jersi Kedah ganti Jang?

Dengan situasi ketika ini nampaknya Syafiq akan kembali memanaskan bangku simpanan berikutan posisi penyerang didominasi oleh duo Bergson dan Fernando Forestieri ketika ini.

(Visited 9,138 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )