3 Sebab Ngah Wan Ja BELUM setaraf Marlon Alex James
3 Sebab Ngah Wan Ja BELUM setaraf Marlon Alex James

3 Sebab Ngah Wan Ja BELUM setaraf Marlon Alex James

DUA gol diledak penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ronald Ngah ketika menentang Penang FC baru-baru ini, dilihat cuma berjaya menutup seketika mulut pengkritik bola sepak tanah air.

Sebelum ini, kehadiran Ronald Ngah bersama KDA FC kerana gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sejak tiba musim ini.

Malahan, ada yang melabelkan Ronald Ngah sebagai ‘scammer’ ekoran prestasi hambar yang ditunjukkan oleh pemain tersebut meskipun ada yang gembira apabila penyerang sensasi itu menemui semula sentuhan penyudah ketika berdepan Penang tempoh hari, sekali gus ada juga peminat yang menyamakannya dengan Lionel Messi di media sosial.

Mengulas lanjut berhubung prestasi Ronald Ngah, bekas jurulatih yang julang kejuaraan ‘double treble’ bersama pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah berkata, penyerang kelahiran Cameroon itu bukan pemain yang sesuai untuk mengemudi jentera serangan skuad Hijau Kuning musim ini.

Bekas Pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah

Berikut merupakan 3 sebab Ngah Wan Ja belum setaraf Marlon

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

1. Bukan seorang penyerang berkualiti

Sewaktu ditanya sama ada Ronald Ngah mampu setanding dengan bekas legenda KDA FC iaitu Marlon Alex James, Azraai berkata: “Bagai langit dengan bumi.”

Ujarnya, secara teknikal, Ronald Ngah bukan seorang penyerang berkualiti serta KDA FC tidak boleh bercita-cita tinggi untuk pergi lebih jauh dengan pemain sedemikian.

2. Tiada kemampuan dan terlalu bergantung kepada pasukan

Azraai berkata penyerang itu tidak ada berkemampuan dan terlalu bergantung pada pasukan Kedah. Beliau juga berpendapat ngah bernasib baik dapat menjaringkan 2 gol disebabkan masalah pihak lawan.

“Dia tiada kemampuan dan bergantung kepada pasukan yang menentang KDA FC.

“Bagi saya, Penang FC sedang bergelut dengan masalah kecederaan dan Ronald Ngah bernasib baik saja dapat menjaringkan dua gol.

3. Tandukan sering ‘off target’

Azraai juga mempersoalkan ketajaman penyerang itu ketika menanduk bola yang agak mengecewakan setiap kali mendapat peluang.

“Tandukannya juga tidak berapa tepat. Tiga kali tandukan, semuanya melambung tinggi.

“Sekiranya saya jurulatih, saya tidak akan membeli seorang penyerang seperti Ronald Ngah. Boleh lihat penyerang bagaimana saya bawa dahulu, contohnya (Marlon Alex) James di KDA FC dan Paulo Rangel di Perak FC.

Marlon (kanan) merupakan tonggak penting KDA FC di bawah Azraai. — Facebook

“Pemain seperti mereka yang benar-benar berfungsi sebagai penyerang,” katanya kepada Majoriti.

Sejujurnya aksi Ngah masih belum di tahap memuaskan namun masih terlalu awal untuk menilai prestasi beliau. Diharap Ngah Wan Ja akan bangkit dan lebih tajam di depan gawang serta menutup mulut pengritik beliau.

Selepas ini, KDA FC akan bertemu Sabah FC dalam perlawanan keenam Liga Super pada Ahad.

Baca Juga : 3 sebab ‘Pak Ngah’, penyerang yang ‘hilang’?

Baca Juga : 4 Perkara Aksi ‘Comeback’ Kedah, ‘Pak Ngah’ & Vales jadi tumpuan

(Visited 916 times, 1 visits today)

COMMENTS