3 sebab 'Pak Ngah', penyerang yang 'hilang'?
3 sebab ‘Pak Ngah’, penyerang yang ‘hilang’?

3 sebab ‘Pak Ngah’, penyerang yang ‘hilang’?

Ngah Wan Jah atau lebih mesra disapa pak ngah dalam kalangan penyokong Kedah dilihat bergelut dan ‘hilang’ ketika menentang pasukan Selangor FC.

Pada perlawanan ke-3 Liga Super yang lalu, Kedah dilihat mula huru hara gaya permainan sejak perlawanan menentang Sri Pahang lagi. Perbezaannya ketika tu perlawanan menjadi milik Kedah disebabkan beberapa keputusan pengadil yang agak meragukan dan insiden kontroversi.

Baca Juga : Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

Namun, segalanya tidak menjadi apabila tiba-tiba intensiti dan taktikal yang mengujakan pada tiga perlawanan awal lalu seolah hilang. 3 sebab ‘Pak Ngah’ penyerang yang ‘hilang’

‘Pak Ngah’ penyerang yang ‘hilang’

Pertembungan Liga Super 2022 semalam menyaksikan tuan rumah, pasukan Selangor bertemu pasukan Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Anak buah Michael Feichtenbeiner berjaya mencatatkan keputusan positif, mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini.

Formasi 3-4-3

Tidak menjadi kesalahan pun untuk jurulatih Aidil Shahrin menggunakan formasi ini. Boleh variasikan lagi corak permainan Kedah. Tapi bukan untuk diuji malam ini tatkala perlawanan ini membabitkan mata penting dalam saingan liga.

3 sebab ‘Pak Ngah’, penyerang yang ‘hilang’?

Kenapa tak dipraktikan sewaktu perlawanan pra musim sebelum itu dengan sebaiknya serta menggunakan seberapa pemain untuk diuji?
Takkan kena ada Marc Vales baru nak guna?

Penyerang yang hilang

Ini yang paling ditekankan dalam membantu aspek serangan pasukan Kedah. Ronald Ngah Wanja masih belum mempamerkan karakter beliau yang menyakinkan selaku seorang penyerang selepas 4 perlawanan diharungi beliau.

Ditambah dengan sebelum ini Dennis Buschening yang kurang efektif, kini pemain tersebut juga mengalami kecederaan untuk terus memberi beban buat posisi tersebut.

Sampai bila nak mengharapkan magis daripada Fayadh dan Al Hafiz selaku supersub?

Aidil Sharin

Harus kita sedari perlawanan ini penting. Beliau sebagai jurulatih juga pastinya tidak ingin kekalahan setelah berjaya memberi momentum terbaik dengan 4 kemenangan berturut-turut sebelum ini termasuk pusingan pertama Piala FA.

Tetapi adakah beliau sudah mengkaji sehabis mungkin untuk menggunakan pendekatan formasi tersebut pada malam ini? Ditambah dengan wajah-wajah kesebelasan utama juga dilihat kurang sesuai untuk memperagakan formasi yang beliau ingini itu.

Keputusan tersebut menyaksikan Kedah beputih mata mencatat kekalahan musim ini dalam saingan Liga Super berbanding Selangor yang akhirnya berjaya memperoleh kemenangan sulung mereka setelah sekadar mencatat keputusan seri dalam 2 perlawanan yang lalu.

Baca Juga : Azmeer umum sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka

(Visited 925 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )