4 kes baru di Kedah hari ini libatkan kluster Tawar dan Telaga
4 kes baru di Kedah hari ini libatkan kluster Tawar dan Telaga

4 kes baru di Kedah hari ini libatkan kluster Tawar dan Telaga

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,374 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 163 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Singapura (3 kes: 2 kes di Negeri Sembilan dan 1 kes di Johor); dan
  • Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan empat (4) kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (6 kes) adalah :

  • Kedah – empat (4) kes:
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Tawar; dan
  • Satu (1) daripada Kluster Telaga.
  • Sabah: Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD.

Kesemua kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (4 kes) adalah di Sabah iaitu kes daripada Kluster Benteng LD.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes dalam kluster ini. Enam (6) daripada tujuh (7) kes ini adalah kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini 14 kes.

Hasil siasatan lanjut kluster mendapati satu (1) kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang banduan di Penjara Tawau, Sabah (iaitu kes ke-9351 yang dilaporkan pada 1 September 2020) berkait rapat dengan kluster ini. Beliau mempunyai sejarah dimasukkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi perbicaraan sebutan kes, di mana beliau didapati mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-9344 dan kes ke-9345) .

Enam (6) kes baharu yang dilaporkan hari ini telah dikesan di Penjara Tawau. Empat (4) daripada kes tersebut turut mempunyai sejarah ke IPD Lahad Datu serta mempunyai kontak rapat dengan kes indeks. Mereka telah balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos 2020 dan seterusnya menjangkiti dua (2) lagi banduan baharu di Penjara Tawau. Kesemua kes positif baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 3 September 2020, seramai 336 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 123 individu negatif; dan
  • 199 individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:

  • 121 orang banduan;
  • 83 orang kakitangan penjara;
  • 68 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan;
  • 61 anggota polis; dan
  • 3 orang pegawai agensi kerajaan yang lain.

PERTAMBAHAN KES BAGI KLUSTER TAWAR, KLUSTER BUNGA DAN KLUSTER TELAGA

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi tiga (3) buah kluster lagi iaitu Kluster Tawar, Kluster Bunga dan Kluster Telaga.

  1. Kluster Tawar

Terdapat tiga (3) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, dua (2) kes tersebut dikesan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran. Justeru, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 78 kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 18,164 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (17,619 disaring):
    • 67 kes dikesan positif COVID-19;
    • 17,415 individu negatif; dan
    • 137 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (kekal 534 saringan):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 523 individu negatif.
  3. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif.

Tiada saringan baharu di Pulau Pinang dan Perak. Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah, seramai 12,903 orang telah disaring di tiga (3) zon yang terbabit (iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur). Setakat ini tiga (3) kes positif telah dilaporkan. Manakala 12,867 dilaporkan negatif COVID-19 dan 33 masih menunggu keputusan ujian makmal.

2. Kluster Bunga

Terdapat dua (2) kes baharu dilaporkan bagi kluster ini di Negeri Sembilan, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak enam (6) kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 55 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Negeri Sembilan (41 disaring):
    • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19;
    • 34 individu negatif; dan
    • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
  2.  Selangor (10 disaring):
    • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Enam (6) individu negatif.
  3. Terengganu (4 disaring):
    • Empat (4) individu negatif.

3. Kluster Telaga

Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak tujuh (7) kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,089 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,083 disaring):
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
    • 1,401 individu negatif; dan
    • 675 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (6 disaring):
    • Satu (1) individu negatif; dan
    • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi semua kluster ini masih diteruskan. Situasi terkini kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS