4 lokasi terkini yang diarah tutup akibat Covid-19
4 lokasi terkini yang diarah tutup akibat Covid-19

4 lokasi terkini yang diarah tutup akibat Covid-19

Kes baharu Covid-19 hari ini masih lagi menunjukkan jumlah yang lebih kurang sama sejak beberapa hari lalu iaitu 374 kes.

Malaysia juga mencatatkan 3 kematian yang mana masing-masing adalah warga emas.

Sabah terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 277 kes baharu.

Sejak semalam, kerajaan mengarahkan beberapa lokasi diarahkan tutup selepas penularan wabak ini mula dikesan di kawasan tersebut.

#1 Sekolah

Mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.

Sementara itu, sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlulah mematuhi garis panduan penutupan sekolah yang akan dikeluarkan oleh KPM.

#2 Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang bermula 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tindakan ini dilaksanakan berikutan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat didapati positif Covid-19 pada 2 Oktober lalu.

#3 Pusat Beli-Belah 1 Utama

Pusat membeli belah, 1 Utama diarahkan tutup oleh kerajaan bermula 11 Oktober ini selepas terdapat 4 kes positif yang dilaporkan, melibatkan 3 pekerja dan seorang pengunjungnya.

Sebelum ini 1 Utama turut dikesan mempunyai kes Covid-19 di bahagian kosmetik dan wangian, Aras G, Parkson Elite diantara 30 September hingga 7 September.

Terdahulu, juga terdapat satu kes melibatkan pekerja di Mac City, Aras 2, diantara 25 September hingga 30 September.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di One Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula 9 pagi sehingga 2 petang.

#4 Tropicana Golf Club & Country Resort, Tropicana Petaling Jaya

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling hari ini memaklumkan sebuah kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort, Tropicana Petaling Jaya akan ditutup pada 11 Oktober ini susulan penularan kes Covid-19.

Dikesan 5 kakitangan Tropicana Golf Club & Country Resort disahkan positif.

Berita penuh : https://gempak.com/artikel/42491/covid-19-374-kes-3-kematian-4-lokasi-ini-pula-diarah-tutup?fbclid=IwAR1S-cYK6dZGY0U_FG6_-iLA1_CrCgHGot_lNuKzi2KJVwNUUuOnrcJ1FDI#.X4Gbgo7j1oQ.facebook

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS