4 Perkara Aksi 'Comeback' Kedah, 'Pak Ngah' & Vales jadi tumpuan
4 Perkara Aksi ‘Comeback’ Kedah, ‘Pak Ngah’ & Vales jadi tumpuan

4 Perkara Aksi ‘Comeback’ Kedah, ‘Pak Ngah’ & Vales jadi tumpuan

Kemenangan malam tadi memberikan kelegaan buat penyokong Hijau Kuning yang menyaksikannya dengan penuh debaran.

‘Turning point’ kebangkitan Kedah berlaku dalam masa lima minit dan Ronald Ngah adalah sebagai watak utamanya.

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’
.
Bermula minit ke-60, Ngah merembat kencang mengenai palang gol lawan. Dua minit menyusul gerakan beliau dalam kotak penalti mendorong pertahanan Penang FC melakukan kesalahan dan dihadiahkan sepakan penalti.

Ngah menyudahkan sepakan tersebut untuk kembali mengikat kedudukan. Tiga minit kemudian, satu ‘counter attack’ dan tolakan Fadzrul membolehkan Ngah merembat masuk bola.

Situasi ini Ngah tidak melakukan ‘extra touch’. Satu touch dan satu shooting menarik cukup untuk menewaskan penjaga gol Penang FC.

Dalam banyak situasi, tempoh bermula separuh masa kedua ini KDA FC berjaya membentuk ‘high-block’ dengan kawalan permainan sepenuhnya pada ‘high defensive line’.

KDA FC berjaya membentuk ‘high-block’ dengan kawalan permainan sepenuhnya pada ‘high defensive line’.

Berikut merupakan 3 Perkara Aksi ‘Comeback’ Kedah dalam Derbi Utara.

1. Peranan pemain tengah

Peranan pemain tengah seperti Dechi Marcel dan ‘game-changer’ Fadzrul Danel aktif melakukan ‘vertical pass’ ke bahagian depan khususnya kepada target man.

Pemain tengah Kedah DA FC Dechi Marcel

Situasi tersebut mirip kepada taktikal 4-2-3-1 dengan Fayadh-Syafiq-Al Hafiz aktif di bahagian ‘attacking third’. Akhirnya, ia membuah hasil yang diharapkan dan Kedah berjaya mendapatkan gol.

2. Sistem Formasi 4-4-2

Aidil menerapkan sistem formasi 4-4-2. Marc Vales dan Ariff Farhan masing-masing di bahagian kiri dan kanan. KDA tampak lebih awal ‘settle down’.

Minit kedua sepakan percuma Syafiq Ahmad telah menggegar palang lawan disusuli tandukan Ngah hampir melepasi garisan gol.

Sepakan Syafiq Ahmad telah menggegar palang lawan

Fayadh pula banyak melakukan ‘blind-side running’ ke depan, sesuatu yang sangat positif kepada jentera serangan Kedah.

3. Kelemahan Vales

Namun, KDA dikejutkan gol oleh Penang FC. Mengikut laporan Kedah Online ia berpunca kelemahan Vales untuk ‘man marking’ winger Penang – sekali lagi aspek transisi bertahan Kedah jadi persoalan.

Malah, beberapa kali sebelum itu Vales gagal untuk ‘trace back’ bahagian winger kiri Penang FC sehingga membolehkan hantaran lintang dilakukan.

4.’Transitional defending’

‘Transitional defending’ adalah fasa Kedah beralih daripada menyerang (build-up) kepada bertahan ketika situasi ‘counter attack’ atau kehilangan bola di bahagian midfield seperti semalam. Situasi yang sama berlaku ketika tewas kepada Selangor FC.

Walau bagaimanapun, aksi ‘comeback’ separuh masa kedua berjaya memberikan KDA FC tiga mata berharga untuk naik ke tangga kedua liga.

Disebalik kegembiraan mengatasi Penang FC di gelanggang lawan, sesuatu perlu diperhatikan oleh pemerhati bolasepak Kedah.

Pertama, ini adalah kali ketiga KDA FC ketinggalan terlebih dahulu kepada pihak lawan selepas perlawanan KL City dan Selangor FC.
Kedua, ini adalah kali ketiga dalam lima perlawanan KDA FC tidak dapat ‘clean sheet’.

Ketiga, Kedah memiliki kira-kira 20 ‘attempts’ dan tidak kurang 7 daripadanya on target. Namun, hanya satu berjaya di’convert’ melalui ‘open play’, satu lagi melalui penalti.

Sejujurnya aksi Ngah masih belum di tahap memuaskan jika diukur berdasarkan statistik ini. Sesuatu yang harus diteliti barisan kejurulatihan KDA FC menjelang aksi bertemu Sabah FC.

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

(Visited 2,950 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )