4 Sebab Kedah bakal sukar bersaing dalam piala AFC menurut penyokong
4 Sebab Kedah bakal sukar bersaing dalam piala AFC menurut penyokong

4 Sebab Kedah bakal sukar bersaing dalam piala AFC menurut penyokong

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) sekali lagi dimalukan dengan jaringan besar 0-4 sewaktu saingan Liga Super berdepan Sabah FC pada Ahad.

Jaringan hatrik oleh pemain veteran, Amri Yahyah dan sepakan percuma yang cantik oleh pemain import, Park Tae-su meranapkan impian KDA FC untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Stadium Likas, Sabah.

Baca Juga : Peminat Kedah risau persediaan Kedah berdepan cabaran Piala AFC?

Kekalahan itu ternyata membimbangkan sebilangan penyokong kerana kelab itu sudah bolos sebanyak 11 kali musim ini.

Seorang penyokong KDA FC, Joshua Michael berpendapat, prestasi hambar pasukan itu dalam beberapa perlawanan adalah disebabkan beberapa faktor.

Pemilihan pemain yang salah

“Bajet ciput, tapi selera besar. Sign terlalu ramai budak presiden dan pemain tempatan dari negeri lain yang tak proven.

Kesilapan taktikal jurulatih

“Kedua, import recycle dan tiada planning kemas. Ambil dua orang pertahanan tengah import sedangkan kita dah ada pemain tempatan yang boleh main lagi baik dari mereka. Last-last letak seorang di pertahanan kanan,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

DNA yang mahu diterapkan jurulatih kurang menjadi

Selain itu, katanya, sehingga kini dia masih belum melihat DNA yang mahu diterapkan oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak ke dalam pasukan Sang Kenari.

Baca Juga : Aidil akui tidak dapat terima aksi longlai Kedah DA FC

Perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab kecil yang kurang mencabar

Dia juga menyalahkan persediaan KDA FC yang menganjurkan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab kecil yang tidak memberi cabaran kepada pasukan itu.

“Coach dah empat musim, tak nampak lagi DNA apa yang dia nak terapkan. Sebagai coach dia kena tau la kemampuan player dia. Lagi satu, jangan terlalu banyak bereksperimen.

“Masa liga berhenti adakan persahabatan menentang kelab M3. Macam mana nak test kemampuan kita? Nak main AFC kot, takkan tak boleh belanja lebih skit,” katanya pada Majoriti.

Selepas ini, KDA FC bakal bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadiul Darul Aman.

Baca Juga : Pemain muda Kedah lama ‘diperam’ punca aksi Sabah-Kedah ‘ceroi’?

Baca Juga : Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

(Visited 1,530 times, 2 visits today)

COMMENTS