4 Sebab Liridon Krasniqi perlu diberi peluang kedua?
4 Sebab Liridon Krasniqi perlu diberi peluang kedua?

4 Sebab Liridon Krasniqi perlu diberi peluang kedua?

Selepas aksi pertama yang mengujakan berdepan Filipina yang berakhir dengan kemenangan 2-0 pada Rabu, Harimau Malaya akan berdepan Singapura dalam Derbi Seberang Tambak untuk aksi kedua, malam ini.

Singapura adalah semifinalis Piala AFF Suzuki 2020 yang dilangsungkan pada penghujung tahun lalu. Mereka ditunjuk jalan keluar oleh skuad muda Indonesia apabila tewas 5-3 secara agregat, selepas tambahan masa.

Singapura adalah skuad yang ampuh dan mereka juga memiliki gaya permainan yang baik. Berbezanya kali ini, mereka bakal dikendalikan pengendali sementara, Nazri Nasir selepas Tatsuma Yoshida meletak jawatan.

Namun, Malaysia harus berhati-hati kerana Nazri Nasir lah yang tumbangkan Malaysia di Airmarine Cup 2019.

Jadi, apa perancangan Kim Pan-gon berdepan Singapura pada malam ini? Ada perubahan besar? Jika melihat aksi pertama, dijangkakan tiada perubahan besar dalam kesebelasan utama kerana momentum babak pertama tempohari pasti mahu diteruskannya. Formasinya akan kekal 4-3-3 dengan adakalanya tampak seperti 3-4-3.

Penjaga gol: Farizal Marlias

Masih layak diberikan tugasan di gawang atas prestasinya. Selepas beraksi 90 minit tempohari, mungkin kita akan melihat perubahan penjaga gol di babak kedua sama ada Khairulazhan Khalid atau Kalamullah Al-Hafiz.

Bek tengah: Shahrul Saad – Khuzaimi Piee

Ramai yang masih membicarakan gandingan baharu di benteng skuad negara ini. Khuzaimi Piee adalah tarikan terbaharu yang dibawa Kim Pan-gon dan majoriti terkejut dengan kestabilan yang dibawa pemain itu di benteng Harimau Malaya. Perlu diubah? Rasanya ini gandingan yang akan terus dicuba oleh pengendali tersebut.-SemuanyaBola

Baca Juga :

Aksi Liridon Krasniqi ‘Menyakitkan Hati’, Perlahankan Tempo Permainan?

4 Sifat Peribadi Rendah Diri Khuzaimi Mencuri Tumpuan Penyokong

(Visited 86 times, 1 visits today)

COMMENTS