4 Sebab Mengapa Basikal Lajak Berbahaya buat Anak-anak
4 Sebab Mengapa Basikal Lajak Berbahaya buat Anak-anak

4 Sebab Mengapa Basikal Lajak Berbahaya buat Anak-anak

Pasti ada sebab basikal lajak yang di modified ini dikatakan sangat bahaya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah fasa di mana kita ingin mencuba sesuatu yang baharu. Masa inilah kreativiti kita mula membuak-buak. Ada saja benda yang nak direka atau diubah mengikut apa yang tergambar di fikiran.

Dikatakan sebagai salah satu ‘kreativiti’ anak muda yang pernah menjadi trend adalah basikal lajak. Tidak dapat dipastikan awal mula ‘fenomena’ ini, tapi trend basikal lajak sempat menjadi kegilaan segelintir kanak-kanak beberapa tahun lalu.

Basikal lajak ini asalnya basikal biasa yang terdapat di pasaran. Namun ia telah diubah suai supaya didakwa dapat meluncur lebih laju. Maka basikal ini direndahkan tempat duduk, ditanggalkan brek dan dipotong pasak sepit udang (fork) hingga ciri-ciri keselamatan pada basikal pada umumnya tidak lagi ada pada basikal lajak ini.

Pun begitu, menurut Public Health Malaysia, basikal lajak sangat merbahaya kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, kedudukan yang tidak ergonomic semasa menunggang basikal lajak boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Antara risiko kesihatan bagi kanak-kanak yang menunggang basikal lajak ini termasuk:

  • Kecederaan otot atau tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok pada kadar yang lama
  • Kecederaan lutut kerana dalam keadaan basikal rendah, dan kedudukan yang membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi
    menyebabkan masalah koyak lutut
  • Kecederaan di tangan atau badan yang menyerap getaran daripada basikal yang diubah suai
  • Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai helmet

Oleh itu, ibu bapa harus peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing. Jangan biarkan anak-anak mengubah suai basikal mereka kepada basikal lajak agar masalah ini boleh dicegah sebelum terlambat.-HotstuffMalaysia.com

(Visited 77 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )