4 Sifat Peribadi Rendah Diri Khuzaimi Mencuri Tumpuan Penyokong
4 Sifat Peribadi Rendah Diri Khuzaimi Mencuri Tumpuan Penyokong

4 Sifat Peribadi Rendah Diri Khuzaimi Mencuri Tumpuan Penyokong

Masih segar dengan kejayaan Harimau Malaya baru-baru ini apabila kemenangan pertama tahun 2022 dicipta oleh skuad kendalian Kim Pan Gon untuk menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0 dalam aksi persahabatan tiga penjuru di Singapura.

Antara pemain yang paling mencuri tumpuan pastinya pertahanan tengah negara, Khuzaimi Piee yang mempamerkan aksi cukup matang sepanjang perlawanan sehingga namanya kini mula menjadi bualan hangat dalam kalangan para peminat Harimau Malaya.

Khuzaimi yang menjadi pertaruhan utama Pan Gon dalam perlawanan itu nyata memberi reaksi positif sepanjang 50 minit beraksi dengan tidak memberi laluan mudah buat serangan Filipina untuk melepasi beliau sewenang-wenangnya.

Impak pertama yang positif

Pertahanan kelab Negeri Sembilan ini juga memberi kejutan buat ramai pihak yang sebelum itu ada mempersoalkan kredibiliti pemain ini sewaktu dipilih menggantikan khidmat Rizal Ghazali yang menolak pelawaan Harimau Malaya dengan memberi aksi yang cukup matang di atas padang seolah beliau telah lama dan terbiasa beraksi di pentas kebangsaan.

Lebih mengujakan, gandingan Khuzaimi bersama Shahrul Saad yang pertama kali dibentuk itu berjaya menunjukkan keserasian yang sangat baik apabila kedua pemain ini tidak kekok untuk saling bertukar hantaran dan berubah posisi untuk membantu antara satu sama la

Malah boleh dikatakan gandingan dua pemain ini lebih bertenaga dan lasak untuk memberi cabaran buat lawan berbanding ketika Aidil Zafuan dibawa masuk pada pertengahan separuh masa kedua.

Dalam aksi tersebut, Khuzaimi mempamerkan karakteristik yang baik selaku seorang pertahanan kebangsaan apabila mempunyai daya bacaan bola yang sangat bagus selain memenangi banyak cabaran aerial duel serta pantas membuat interception untuk mematikan gerak yang cuba dibina Filipina di kawasan tengah.

Selain itu, pemain berusia 28 tahun ini berjaya mengikuti tempo permainan yang agak tinggi serta tidak kekok untuk membentuk gandingan yang bagus bersama para pemain lain yang sudah terbiasa beraksi di pentas kebangsaan walaupun kali terakhir Khuzaimi mewakili Malaysia adalah pada tahun 2016.

Khuzaimi jadi tumpuan para penyokong

Semalam, Khuzaimi telah membuat permohonan maaf kepada para penyokong yang tidak henti-henti memberi ucapan tahniah dan kata-kata positif di Instagram peribadinya.

Menurut beliau, terlalu banyak ucapan tahniah yang diberikan dan Khuzaimi tidak sempat untuk membalas satu demi satu serta mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong dirinya dan pasukan.

Khuzaimi juga berharap agar para penyokong sentiasa berdoa mengenai kejayaan pasukan dan mereka akan berusaha sehabis mungkin di atas padang.

“Assalamualaikum. First saya nak mintak maaf pada semua yang dm dekat ig. Saya tak dapat nak balas semua. Saya nak ucapkan terima kasih pada semua. InsyaAllah sekiranya diberikan peluang saya cuba buat yang terbaik.

“Harap semua dapat doakan untuk team Malaysia. Doa adalah segalanya buat team. Kami hanya mampu usaha dan bagi yang terbaik didalam padang. Selebihnya Allah yang tentukan. InsyaAllah,” jelas Khuzaimi di Instagram.

Harapan dan doa daripada peminat

Buat para peminat Harimau Malaya diharap mampu memberi ruang untuk Khuzaimi terus fokus dalam aksi seterusnya.

Selain itu, seperti apa yang dikatakan pemain ini, hanya doa dan sokongan cukup menjadi keutamaan agar para pemain mampu mencatat keputusan positif pada hari Sabtu ini sewaktu bertemu pasukan tuan rumah, Singapura dalam aksi kedua di sana.-SemuanyaBola

Baca Juga:

4 Perkara Kehebatan Malaysia Tewaskan Filipina!

Aksi Liridon Krasniqi ‘Menyakitkan Hati’, Perlahankan Tempo Permainan?

(Visited 22 times, 1 visits today)

COMMENTS