5 Stadium Berkapasiti Besar Di Malaysia
5 Stadium Berkapasiti Besar Di Malaysia

5 Stadium Berkapasiti Besar Di Malaysia

Bola Sepak merupakan sukan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Setiap pasukan yang bermain di Liga Malaysia mempunyai stadium tersendiri ataupun stadium sewaan. Setiap stadium di Malaysia mempunyai kapasiti yang berbeza. Berikut merupakan stadium-stadium terbesar di Malaysia:

5. Stadium Darul Makmur (41,895)

Stadium Darul Makmur dibuka pada tahun 1970, dan diubah suai pada tahun 1995.

SDM menjadi stadium tuan rumah bagi Sri Pahang FC. Dengan kapasiti sebesar 41,895, Stadium Darul Makmur menjadi stadium kelima terbesar di Malaysia.

4. Stadium Tuanku Abdul Rahman (45,000)

Stadium Tuanku Abdul Rahman merupakan sebuah stadium serbaguna di Paroi, Negeri Sembilan.

Stadium ini mampu memuatkan 45,000 orang, dimana 5,000 untuk bahagian berbumbung dan 40,000 untuk bahagian tidak berbumbung. Stadium ini dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.

STAR digunakan oleh Negeri Sembilan FC sebagai tuan rumah untuk perlawanan mereka.

3. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (50,000)

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) adalah stadium yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, dengan kapasiti 50,000 penonton.

SSMZA adalah stadium pelbagai guna yang terletak di Gong Badak, Terengganu. Stadium ini dibina pada tahun 2006 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Malangnya pada 2 Jun 2009, bumbung utama stadium ini runtuh yang menyebabkan kerosakan yang agak teruk iaitu 50 peratus daripada strukturnya musnah.

2. Stadium Shah Alam (80,372)

Stadium Shah Alam mula dibina pada tahun 1990 dan secara rasmi dibuka pada 16 Julai 1994.

Terletak di bahagian timur Shah Alam, SSA terdiri daripada ruang separa tertutup enam tingkat yang besar, adalah stadium terbesar di Selangor.

Ia adalah stadium terbesar di Malaysia sebelum wujudnya Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium Shah Alam juga pernah diguna pakai oleh Selangor FC sebagai gelanggang rasmi untuk perlawanan bola sepak.

1.  Stadium Nasional Bukit Jalil (87,411)

Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium terbesar di Malaysia malahan menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara dan gelanggang bola sepak kelapan terbesar di dunia.

Stadium ini dibina pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 11 Julai 1998 menjelang Sukan Komanwel 1998 serta sekaligus mengadakan upacara pembukaan.

Stadium ini kebiasaannya digunakan oleh pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sebagai tuan rumah untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.

(Visited 174 times, 1 visits today)

COMMENTS