6 kematian akibat Covid19 hari ini, 245 lagi disahkan pulih sepenuhnya
6 kematian akibat Covid19 hari ini, 245 lagi disahkan pulih sepenuhnya

6 kematian akibat Covid19 hari ini, 245 lagi disahkan pulih sepenuhnya

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak629 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,758kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes (77.7 peratus). Lebih banyak keputusan makmal telah diperolehi. Makmal di Sabah misalnya, telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 50 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lapan (8) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Secara keseluruhan, sebanyak 38 kes (6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Ingin dimaklumkan daripada 629 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan warganegara iaitu dari negara:

  • New Zealand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Singapura (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 627 kes penularan di dalam negara, 577 kes adalah warganegara Malaysia dan 50 kes adalah bukan warganegara.

Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 16 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 437 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 489 kes
    • 260 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 158 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 50 kes
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merbok;
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 33 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan tahanan lokap.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Bah Bundle;
    • Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan sign off kapal.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Sembilan (9) kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lekir.

Kedah: Tujuh (7) kes 

Enam (6) daripada Kluster Tembok; dan

Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

  • Johor: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada Kluster Simera;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan bergejala.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada Kluster Utama; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Satu (1) kes sign on kapal.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang17111628SabahLelaki WN66Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok  17215853SabahLelaki WN72Hospital Duchess of KentPenyakit jantung17318618SabahLelaki WN39Hospital SempornaStrok17418616SabahPerempuan WN74Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang17518617SabahLelaki WN67Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, penyakit jantung dan strok17618676WP Kuala LumpurLelaki BWN52Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit psoriasis dan penyakit tulang belakang  

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1)KLUSTER LEKIR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Manjung di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17528) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
  • Dua (2) individu negatif; dan
  • 136 individu masih menunggu keputusan.

2)KLUSTER BUNTAR

Kluster baharu ini melibatkan Kuala Muda di negeri Kedah, daerah Kerian di negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18035) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 43 individu masih menunggu keputusan.

3)KLUSTER MERBOK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17983) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 261 individu masih menunggu keputusan.

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS