7 fakta Kes guru agama rogol 13 pelajar hingga hamil, 2 orang bersalin
7 fakta Kes guru agama rogol 13 pelajar hingga hamil, 2 orang bersalin

7 fakta Kes guru agama rogol 13 pelajar hingga hamil, 2 orang bersalin

Seorang guru agama dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung kerana disabitkan kesalahan merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.

Difahamkan, guru agama tersebut, Herry Wirawan, 36 sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kes jenayah rogol yang dilakukan.

Baca Juga : Netizen persoal kenapa kerajaan beri laptop “cap ayam”?

Menurut rekod kes, lapan mangsa yang dirogol ‘berjaya’ dihamilkan, manakala salah seorang daripadanya pernah melahirkan anak sebanyak dua kali.

Setelah bertahun lamanya, akhirnya kegiatan terkutuk guru agama itu terbongkar pada Mei tahun lalu selepas salah seorang ibu bapa mangsa menyedari anak mereka hamil.

Memetik info media Indonesia, berikut adalah 7 fakta berkaitan:

1. Berdasarkan rekod kes, Herry melakukan perbuatan terkutuk itu sekitar tahun 2016 hingga 2021. Dia telah merogol kesemua 13 gadis yang berumur antara 12 hingga 16 tahun yang mana sembilan bayi lahir daripada lapan mangsa.

2. Di dalam prosiding, tertuduh didapati merogol kanak-kanak yang rata-ratanya daripada keluarga miskin dan bersekolah dengan pembiayaan biasiswa selama lima tahun.

3. Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Herry kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan mereka pada 2021.

4. Siasatan mendapati kejadian dilakukan di beberapa tempat seperti di sekolah, hotel dan apartmen. Dia menabur janji kepada mangsanya akan membiayai yuran sekolah, menikahi dan merawat bayi yang dilahirkan.

5. Selain memperkosa 13 pelajar, tertuduh juga didakwa menyalahgunakan bantuan sosial dan dana Program Indonesia Pintar dari Kementerian Agama.

6. Apabila hukuman mati itu dilaksanakan kelak, Herry Wirawan akan ditembak tepat pada bahagian jantung dari jarak dekat. Dia juga perlu menyediakan sejumlah wang pengembalian hampir 300 juta rupiah kepada mangsa-mangsanya.

7. Pegawai Indonesia dan Menteri Perlindungan Kanak-Kanak menyokong rayuan bagi mendapatkan hukuman mati namun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah kerana dianggap tidak bersesuaian.-Hotstuffmalaysia

(Visited 149 times, 1 visits today)

COMMENTS