7 kes baru: Kluster Tawar terus mengganas
7 kes baru: Kluster Tawar terus mengganas

7 kes baru: Kluster Tawar terus mengganas

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 17 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 12 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,212 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 211 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara. Dua (2) kes import tersebut adalah dari negara:

Syria (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Kesemua 10 kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

Selangor:
Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh.

Kedah:
Empat (4) kes daripada Kluster Tawar.
Dua (2) kes daripada Kluster Sala.

Pulau Pinang:
Tiga (3) kes daripada Kluster Tawar.

Situasi terkini kedua-dua kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu empat (4) kes di Kedah dan tiga (3) kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes. Kesemua kes baharu ini adalah generasi ketiga.

Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (918 disaring):
39 kes dikesan positif COVID-19;
655 individu negatif; dan
224 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (208 disaring):
Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
175 individu negatif; dan
26 individu masih menunggu keputusan.
Perak (9 disaring):
Tiada kes dikesan positif COVID-19;
Lapan (8) individu negatif; dan
Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

STATUS TERKINI KLUSTER SALA

Terdapat dua (2) lagi kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, justeru menjadikan jumlah kes positif enam (6) kes. Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 273 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (269 disaring):
Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
214 individu negatif; dan
49 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (4 disaring):
Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
Empat (4) individu negatif.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS