7 senarai alasan Rodney Calvin akan bangkit jadi 'kereta kebal' semula
7 senarai alasan Rodney Calvin akan bangkit jadi ‘kereta kebal’ semula

7 senarai alasan Rodney Calvin akan bangkit jadi ‘kereta kebal’ semula

Bekas pemain pasukan Selangor ini telah menunjukkan aksi yang sangat menakjubkan dalam 4 penampilannya bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.

Baca Juga : Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

Baca Juga : Tan Cheng Hoe umum bimbing Melaka United?

Berikut merupakan 7 senarai alasan Rodney Calvin akan bangkit jadi ‘kereta kebal’ semula dan menarik perhatian Kim Pan Goon

  • Konsisten selaku pertahanan terbaik setiap perlawanan buat Kedah.
  • Cepat berasimilasi bersama mana-mana pasangan pertahanan dan membentuk kombinasi yang sangat baik tanpa rasa kekok atau
    ‘miss communication’
  • Bercirikan pemain ‘ball playing defender’ yang tenang dan bijak membuat hantaran dari bahagian bawah untuk memulakan
    permainan.
  • Pakej fizikal yang sangat baik selaku pertahanan tempatan. Ada ketinggian yang baik sewaktu ’aerial duel’ dan tidak berdepan
    masalah membuat body challenge dengan pemain import yang berfizikal keras.
  • Tidak kekok untuk membuat ‘command’ dari bahagian bawah walau kepada pemain import atau senior. Dalam tenang ada kelantangan
    vokal yang baik.
  • Refleksi yang cepat, bijak membaca permainan, dan tahu untuk menutup zon mana yang perlu dari dilepasi oleh pemain lawan.
  • Mentaliti yang sentiasa mahu bermain dan ada jiwa dalam padang. Rodney hadir ke Kedah kerana mahu minit permainan.

Aksi cemerlangnya bersama Kedah sepanjang 4 perlawanan ini wajar diberi perhatian oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Biarpun perlawanan menentang Selangor FC baru-baru ini beliau gagal ‘cleansheet’ namun Rodney dilihat mampu untuk bangkit ‘game’ seterusnya.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun ini berjaya menjaringkan satu gol serta mencatat satu ‘cleansheet‘ dalam 4 penampilannya bersama Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Apa lagi yang anda rasa masih kurang buat pemain ini untuk mewakili skuad kebangsaan walau selaku pemain simpanan?

Baca Juga : 3 Sebab Rodney Calvin layak dipanggil Skuad Kebangsaan

(Visited 873 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )