KEBANYAKAN KES POSITIF BERKAIT DENGAN PERHIMPUNAN IJTIMAK TABLIGH DI SERI PETALING - NOOR HISHAM ABDULLAH.
KEBANYAKAN KES POSITIF BERKAIT DENGAN PERHIMPUNAN IJTIMAK TABLIGH DI SERI PETALING – NOOR HISHAM ABDULLAH.

KEBANYAKAN KES POSITIF BERKAIT DENGAN PERHIMPUNAN IJTIMAK TABLIGH DI SERI PETALING – NOOR HISHAM ABDULLAH.

Kuala Lumpur- Kebanyakan kes positif yang dikesan adalah berkait dengan mereka yang menghadiri perhimpunan di Seri Petaling iaitu 1,545 kes daripada 3,483 kes
keseluruhan atau 44.36%.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster ini merupakan kluster yang terbesar setakat ini dan telah mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan, misalnya melibatkan ahli keluarga mereka, kontak rapat di masjid dan juga madrasah tahfiz.

“KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi mengenalpasti dan menguji semua kontak rapat dalam kalangan kumpulan yangberisiko tinggi ini”,katanya.

Orang awam juga diseru agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk disaring sekiranya menghadiri atau mempunyai kontak rapat
dengan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS