8 Destinasi Makan Sedap Dan Murah Di Alor Setar

8 Destinasi Makan Sedap Dan Murah Di Alor Setar

Jika anda berkunjung ke Alor Setar, anda pasti tidak akan susah mencari kedai atau restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan. Sama ada masakan tempatan mahupun “western”, semua ada dan sedia untuk dinikmati.

Sungguhpun cuaca di sini agak panas, tetapi itu bukan penghalang untuk anda terus menjelajah di sekitar bandar Alor Setar yang
merupakan ibu negeri Kedah. Jom KedahKini.com kongsikan lapan tempat makan yang murah dan sedap di sekitar Alor Setar.

Sarapan Pagi:

Roti Canai Celaru

Lokasi : Lorong Teknik, Taman Gunung Perak, 05400 Alor Setar, Kedah

Jangan keliru dengan nama kedai makan yang unik ini, sememangnya bertujuan untuk membuatkan anda celaru dengan keenakkan roti
canai banjir yang dihidangkan bersama dal, kari, sambal tumis sardinnya yang asli dan disempurnakan lagi dengan telur mata yang
tentunya membangkitkan selera makan anda terutamanya pada waktu pagi.

Kalau anda berkunjung kesini, datanglah lebih awal kerana awal-awal pagi lagi pelanggan sudah membanjiri gerai makan terkenal ini.

Kelazatan hidangan mereka sudah terkenal di seluruh Malaysia dan sering mendapat review terbaik daripada selebriti tempatan serta rancangan televisyen popular. Rugilah pada siapa yang tak cuba lagi roti canai celaru disini.

__________________________________

Kopi & Roti

Lokasi : Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah

Jika anda mahukan ketenangan dan bersantai sambil menikmati aroma secawan kopi brew asli, berkunjunglah di Kopi & Roti café ini.

Konsep yang diketengahkan cukup ringkas, berlatar belakangkan warna pastel putih dan kelabu, dengan hiasan perabot kayu moden
dan sangat meminimakan dekorasi dalaman, tentunya anda akan berasa tenang sahaja untuk berada disini.

__________________________________

Makan Tengah Hari:

Restoran Ikan Bakar Top Alor Setar

Lokasi : Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar

Kalau anda susah untuk membuat pilihan tentang nak makan apa waktu makan tengahari, jangan risau, singgah saja di restoran
ikan bakar top yang menjanjikan lauk-pauk tradisional selera utara yang dijamin tidak mengecewakan.

Apa yang lebih membangkitkan selera tentunya hidangan lauk pauk ini dimakan bersama nasi panas dan pilihan aneka jenis kerabu,
sambal lada, sambal belacan dan ulam-ulaman. Memang terasa sungguh suasana kampungnya disini bersama hidangan seumpama itu.

__________________________________

Restoran Nasi Kandar Haji Ramli Alor Setar

Lokasi : Kampung Kepala Parit Dalam, 06650 Simpang Empat, Kedah

Nasi Kandar tentunya menjadi kegilaan ramai terumatanya jika anda berkunjung ke negeri sebelah utara. Restoran Nasi Kandar Haji Ramli
yang telah beroperasi lebih daripada 10 tahun ini merupakan antara restoran yang menghidangkan nasi kandar terbaik di negeri Kedah.

Kalau berpeluang menjejakkan kaki kesini, anda perlu cuba nasi kandar ayam kampungnya yang menjadi kegemaran ramai. Selain itu, gulai
dan lauk campur yang dimasak disini tentunya mempunyai rasanya yang tersendiri berbeza dengan restoran nasi kandar yang lain.

__________________________________

Makan Petang:

Koteow Kerang Bakhari

Lokasi : Pekan Simpang Kuala, 05300 Alor Setar, Kedah

Koteow legen terbaik Alor Setar !!!
Koay Teow Kerang Bakhari, Simpang Kuala Alor Setar,
Terbaik baq hang !!

__________________________________

Kechik Keropok Lekor

Lokasi : Mergong, Alor Setar, Kedah, Malaysia 05150 Alor Setar, Kedah

keropok lekor resipi ori tradisional 💯
Kepok biasa- RM 5
Kepok cheese- RM 6

Tutup setiap SELASA sahaja🤗

Kalau ada yang nak cuba, boleh tekan link di bawah ⬇️⬇️

wa.me/60196470355
__________________________________

Makan Malam

Sisbro Kitchen

Lokasi : Titi Gajah, 05150 Alor Setar, Kedah

Set Ikan Kering RM5.00,Set Temenung Biasa RM6.00,Set Ikan temenung lemak RM8.00,Set Siakap RM12.00,Set Talapia RM10.00,
Set Ikan Keli RM7.00 dan Set Ayam RM10.00

Operasi ⏰5 petang – 12 malam
Ahad tutup ‼️❌

__________________________________

D’Boat Jerot Grill & Ikan Bakar Tiktok

Lokasi : 9, Kompleks Perniagaan Tmn. Batas Paip,, Jalan Restu 1, Taman Restu, 06600 Kuala Kedah, Kedah

Bagi penggemar ikan bakar dan masakan seafood ala thai, restoran ini tentu dapat menepati citarasa anda. Antara menu pilihan
yang sering dipesan disini ialah seperti siakap kesom kaw, siakap 3 rasa, somtam dan tomyam yang cukup tersendiri. Selain itu,
hidangan makan malam anda tentu lebih istimewa dengan pelbagai pilihan ikan bakar yang segar dari laut.

Hiasan dalaman restoran ini yang berkonsepkan dalam kapal juga sungguh selesa dan bersih. Harga yang ditawarkan pula
berbaloi dan berpatutan membuatkan anda pasti kembali menikmati makanan disini lagi setiap kali berkunjung ke Alor Setar.

__________________________________
Bagi edisi kedua ini, KedahKini.com kongsikan lapan tempat makan yang murah dan sedap.

Insya Allah untuk edisi yang lain pihak kami akan kongsikan tempat-tempat makan lain yang menarik untuk anda kunjungi. Jika anda ada sebarang cadangan, boleh hubungi kami di Facebook KedahKini.com

Baca Juga : Enam tempat makan murah dan sedap di Alor Setar

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )