871 kes baru, 7 kes kematian, 4 kluster baru

871 kes baru, 7 kes kematian, 4 kluster baru

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak871 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus). Ini memandangkan lebih ramai individu telah disaring di lapangan. Sejak bermulanya pandemik, sejumlah 251,030 individu telah disaring di negeri Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 871 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan dua (2) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • India (2 kes di Selangor);
  • Nepal (2 kes di Selangor); dan
  • Singapura (1 kes di Selangor).

Daripada 866 kes penularan di dalam negara, dua (2) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 443 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 702 kes
    • 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Kepayan;
    • 81 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 572 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 72 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Auto;
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 45 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Alma;
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Layangan;
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Sembilan (9) kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lima (5) kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 187 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang18113525SabahLelaki WN61Hospital Queen Elizabeth–18212984SabahPerempuan WN70Hospital TawauPenyakit darah tinggi18313706SabahLelaki WN57Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi18420328SabahPerempuan BWN55Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi18520329SabahLelaki BWN41Hospital Tawau–18617779SabahLelaki WN44Hospital Duchess of KentPenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia18720401SelangorPerempuan WN46Pusat Perubatan–

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1)KLUSTER BAH LAYANGAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan. Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana:

  • 13 kes dikesan positif COVID-19;
  • 67 individu negatif; dan
  • 62 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER ALMA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
  • 43 individu negatif; dan
  • 133 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER AUTO

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

4) KLUSTER PENJARA KEPAYAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana:

  • 49 kes dikesan positif COVID-19;
  • 121 individu negatif; dan
  • Tiada individu menunggu keputusan.

SITUASI SEMASA COVID-19 DI SABAH

Pada 18 Oktober 2020, kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 7,439 kes (iaitu sebanyak 36.3 peratus daripada kumulatif kes di Malaysia). Hari ini, Sabah melaporkan kes yang tertinggi iaitu sebanyak 702 kes (80.6 peratus daripada jumlah kes hari ini). Lonjakan jumlah kes yang tinggi ini adalah berikutan pelaporan sampel dari Sabah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dalam jumlah yang besar.

Sejak bermulanya pandemik COVID-19 di Malaysia, Kerajaan telah menjalankan ujian pengesanan COVID-19 ke atas 251,030 individu di Sabah. Ini susulan daripada pengesanan kes secara aktif yang dijalankan oleh kesihatan awam sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sabah. Sehingga hari ini, kadar positiviti COVID-19 negeri Sabah adalah sebanyak 2.96 peratus.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )