ACARA KERAIAN ANJURAN KERAJAAN NEGERI DITANGGUH, DIBATALKAN
ACARA KERAIAN ANJURAN KERAJAAN NEGERI DITANGGUH, DIBATALKAN

ACARA KERAIAN ANJURAN KERAJAAN NEGERI DITANGGUH, DIBATALKAN

ALOR SETAR – Kesemua majlis dan acara keraian anjuran Kerajaan Negeri Kedah dibatal dan ditangguhkan serta-merta dengan pengumuman mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, keputusan itu merupakan sebahagian daripada langkah untuk menangani masalah penularan COVID-19.

“Rakyat Kedah secara keseluruhannya dinasihatkan supaya mengelak dari menghadiri majlis mahu pun lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Sekiranya hadir juga, mereka diminta mematuhi panduan penganjuran serta kehadiran ke sesebuah majlis seperti dikeluarkan Kementerian Kesihatan seperti tertera di laman web kerajaan.

“Dalam masa sama kita juga membatalkan kesemua lawatan ke luar negara. Jabatan Imigresen pula memang sudah bersiap sedia membuat saringan terhadap semua pelawat asing di pintu sempadan dan sekiranya mereka mempunyai simptom termasuk suhu badan tinggi, individu berkenaan akan dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) untuk ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja COVID-19 Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim; Mufti, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang serta kalangan exco kerajaan negeri.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu turut disertai oleh wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang negeri ini.

Sementara itu Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan meneruskan pakej rangsangan ekonomi khususnya bagi membantu sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik tersebut.

“Terdapat juga cadangan pakej rangsangan melibatkan projek berskala kecil bagi menyuntik aliran tunai ke Kedah berjumlah RM91.24 juta. Angka itu melibatkan projek-projek ameniti, masjid, jalan selain membantu sektor pembinaan serta menambah bilangan pekerjaan.

“Selain itu kita juga ada permohonan rangsangan berjumlah RM23.3 juta dari Pakej Rangsangan 2020 yang telah diumumkan kerajaan Persekutuan sebelum ini. Ini melibatkan pembaikan dan naik taraf bangunan serta kemudahan awam, selain membantu sektor pembinaan dan menambah bilangan pekerjaan,” ujarnya.

Sementara itu beliau turut mengharapkan kalangan rakyat agar tidak bimbang kerana kerajaan negeri dan Persekutuan akana memastikan bekalan makanan dan keperluan harian mencukupi dalam apa jua keadaan.

“Insya Allah bekalan makanan dan keperluan harian akan seniasa mencukupi. Disebabkan itu kita penting untuk kita tidak bersifat keterlaluan dalam memberi reaksi dalam berdepan isu ini,” katanya.
diambil bagi mengawal penyebarannnya.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS