Adab – adab halus dalam tatabudaya tinggi Balairong Seri

Adab – adab halus dalam tatabudaya tinggi Balairong Seri

Foto ini menunjukkan mesej-mesej yang mata tajam sahaja boleh nampak dengan jelas.

Ada 2 orang besar dalam foto itu.Pakaian mereka serupa sahaja. Dengan tengok pakaian kita tidak dapat membezakan siapa yang lebih ‘besar’.

Dengan membaca cara dan gaya mereka berdiri, kita boleh tahu siapa yang lebih tinggi statusnya dan lebih besar pangkatnya.

Foto itu foto rasmi. Cara mereka berdua berdiri itu bukan tidak sengaja. Ia adalah sengaja.

Dengan menganalisis foto itu banyak pelajaran yang kita boleh ambil dan praktikkan tentang adab-adab halus dalam tatabudaya tinggi balairong seri.

Apabila kita ambil foto bersama dengan orang yang status dan pangkatnya lebih tinggi dan besar daripada status kita, cara kita berdiri tidak boleh menunjukkan gaya seolah-olah kita ‘lebih besar’ daripada orang besar itu.

Beginilah tatabudaya dan adab balairong seri apabila bergambar dengan orang yang statusnya lebih mulia, lebih tinggi, dan lebih besar:
1. Tidak boleh berdiri terlalu tegak.

2. Tidak boleh menaikkan dan meninggikan bahu.

3. Tidak boleh merenggangkan tangan dari badan.

4. Tidak boleh berdiri rapat.

5. Tidak boleh berdiri di sebelah kanan orang besar itu.

6. Tidak boleh angkat dagu.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )