Adakah Takiri kebal dari tindakan undang-undang?
Adakah Takiri kebal dari tindakan undang-undang?

Adakah Takiri kebal dari tindakan undang-undang?

Pandemik Covid 19 adalah ancaman maut. Ianya secara terangan amat serius mengancam nyawa manusia. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global/seluruh dunia akibat wabak itu kini adalah sebanyak 783,333 kes.

Menurut Dr Maza, Mufti Negeri Perlis, tindakan melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID 19 adalah dosa besar dari segi agama.

Tindakan melanggar peraturan operasi bukan hanya salah di sisi undang-undang malah ianya adalah satu dosa besar kerana membahayakan nyawa orang lain dan melanggar ajaran Nabi Muhammad SAW dalam menangani wabak.

Sebagaimana hadith yang selalu kita dengar dan selalu di baca oleh para pemimpin Pas ketika menjelang pilihanraya apa perlunya Malaysia melaksanakan undang-undang Hudud berdasarkan sabda Nabi SAW:
“Demi Allah.. sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku.”

1. Tiada siapa pun akan kebal daripada undang-undang apabila melakukan kesalahan termasuklah hukuman sewajarnya perlu di laksanakan samada anak pemimpin mahu pun kaum keluarga pemimpin.
2. Hukuman melakukan kesalahan juga tertakluk kepada mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan tidak kira apa taraf, pangkat dan kedudukan.
3. Undang-undang itu terlaksana sama taraf sebagaimana hukuman pencegahan keatas orang kebanyakan atau pun rakyat biasa.

PERSOALANNYA:

Menteri sendiri tidak di kuarantin, merata tempat beliau sudah pergi dan melawat. Siapa yang hendak di salahkan jika ada kluster Menteri selepas ini?
1. Mengikut Peraturan Operasi Standard oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, warga yang pulang ke tanahair HENDAKLAH menjalani kuarantin wajib 14 hari.
Tidak timbul samada seseorang itu positif atau negatif ketika pemeriksaan pulang. Orang yang berkenaan wajib di kuarantin selama 14 hari.
2. Adakah Turki termasuk di dalam zon hijau? Atau dengan kata lain adakah tempat yang selamat untuk di lawati?
a. Turki mencatatkan hampir 6,000 kematian akibat wabak Covid 19.
b. Negara tersebut telah di sahkan mempunyai hampir 250,000 kes.

Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak yang kita benci dan bermusuhan.

TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA:
1. Seorang pemilik restoran di Napoh, Kedah dalam daerah Kubang Pasu telah dihukum penjara selama lima bulan serta denda RM12,000 kerana kesalahan sama. Lelaki terbabit adalah kes yang mempunyai kaitan dengan kluster Sivagangga.
2. Wanita warga emas yang sebelum ini tular sebagai ‘makcik gelang pink’, Nur Emah Mohamad Hashim, 72 tahun dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin.
3. Bagaimana pula dengan Khairuddin Takiri yang telah melanggar peraturan serta tidak menggunakan ‘gelang pink(merah jambu)’ selepas pulang dari luar negara. Adakah gelang pink hanya terpakai kepada rakyat biasa dan tidak kepada Menteri?

KESIMPULAN
Sebagai warga negara Malaysia bersama seluruh rakyatnya, berhak untuk menuntut keadilan yang paling wajar hukuman yang setimpal dikenakan kepada Menteri berkenaan.
Jangan hanya pandai menangkap bilis tetapi membiarkan jerung lepas bebas..

Asmirul Anuar Aris
Rakyat Malaysia
‘Menanti kesudahan Episod Ini’

Artikel Penuh:

ADAKAH TAKIRI KEBAL DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG?Pandemik Covid 19 adalah ancaman maut. Ianya secara terangan amat…

Posted by Asmirul Anuar Aris FC on Thursday, August 20, 2020

 

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS