Adun Kubang Rotan mengamuk, peniaga dinafikan hak mencari rezeki
Adun Kubang Rotan mengamuk, peniaga dinafikan hak mencari rezeki

Adun Kubang Rotan mengamuk, peniaga dinafikan hak mencari rezeki

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Asmirul Anuar Aris dilihat bertegang urat dengan pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar di hadapan Pasaraya Billion di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku susulan para peniaga yang telah lama berniaga di lokasi tersebut telah dinafikan hak mereka untuk berniaga seperti sebelum ini di tapak tempat letak kereta berhadapan dengan pasaraya Billion.

Adun Kubang Rotan dikelilingi penguatkuasa

Menulis di Facebook beliau, Asmirul menyatakan syukur dan tahniah kepada para peniaga yang mempertahankan hak mereka untuk mencari rezeki yang halal. Rakyat di negeri ini berhadapan dengan kesukaran mencari sumber pendapatan semenjak Covid-19 melanda penghujung tahun 2019.

ARTIKEL MENARIK : Adun Kota Siputeh sahut cabaran MB Kedah

“Alhamdulillah.. Doa semoga semua peniaga yang berniaga di tapak lama di luar Pasar Besar Billion agar dapat kembali berniaga seperti 2 tahun yang lalu telah di makbulkan oleh Allah SWT,” ujar beliau.

Asmirul turut berterima kasih kepada Dato Bandar yang telah memberikan kebenaran susulan himpunan yang dibuat oleh para peniaga pagi ini.

“Jazakallah! Kepada Dato Bandar yang telah meluluskan kebenaran kepada peniaga asal yang telah lama berniaga untuk kembali berniaga di situ. InsyaAllah.. Susunan tapak akan di uruskan oleh Saudara Fauzi selaku Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Billion,”

Video kejadian pagi tadi kini disebarkan secara meluar di media sosial dan mendapat pelbagai respond dari masyarakat setempat dan juga rakyat di negeri ini.

YB Asmirul turun menyelesaikan masalah peniaga

Adun Kubang Rotan itu juga memohon maaf kepada pihak penguasa MBAS dan orang ramai kerana terpaksa campur tangan dalam permasalahan yang berlaku demi kepentingan bersama semua pihak.

ARTIKEL MENARIK : MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh

Mengulas lanjut Asmirul turut memperingati pihak peniaga agar agar menggikut SOP serta menggunakan kesempatan yang telah diberikan untuk menjadikan perniagaan mereka sebagai suatu ibadah demi kesinambungan keluarga dan kepentingan masyarakat khususnya.

(Visited 161 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )