Adun Kubang Rotan "naik angin" dengan sikap ego Datuk Bandar Alor Setar
Adun Kubang Rotan “naik angin” dengan sikap ego Datuk Bandar Alor Setar

Adun Kubang Rotan “naik angin” dengan sikap ego Datuk Bandar Alor Setar

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Asmirul Anuar Aris awal pagi tadi dilihat turun memantau sekali lagi keadaan di tapak Pasar  Sehari Peremba berhadapan dengan Pasar Besar Billion.

Hasil kunjungan beliau dan beberapa orang peniaga di tapak Pasar Sehari Peremba pagi tadi mendapati papan tanda kepada para peniaga masih tegak berdiri dan boleh dibaca dengan jelas.

Asmirul dalam nada marah mempersoalkan apakah tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bandar Alor Setar dikala para peniaga di Alor Setar ini berdepan dengan kegawatan ekonomi rentetan Covid-19 yang melanda negara sejak dari penghujung tahun 2019.

“Datuk Bandar Alor Setar amat mengecewakan kami bersama para peniaga. Apa yang boleh saya katakan ialah menggunakan kuasa yang ada ditangan beliau untuk menidakkan harapan para peniaga untuk kembali semula ke tapak lama untuk berniaga.

“Terus terang saya katakan surat balas dari pihak beliau adalah terlalu dangkal serta amat tidak munasabah. Hanya sekadar untuk meneruskan keegoan beliau untuk mengekalkan kuasa untuk meneruskan hak larangan berniaga,” ujar beliau lagi.

Tanda nombor tapak masih jelas kelihatan

ARTIKEL VIRAL BERKAITAN : Adun Kubang Rotan mengamuk, peniaga dinafikan hak mencari rezeki

Menurut Asmirul, sebelum ini pihak Majlis Bandaraya Alor Setar turut memberikan pelbagai alasan dan helah, malah alasan yang diberikan kadang kala mengikut selera mereka sahaja.

“Bermula kerana MKN kini berubah menjadi menggangu laluan. Hari itu benarkan sekarang tidak di benarkan pula.

“Pelik bin Ajaib. Notis papan tanda kenyataan ini tertera tulisan untuk peniaga. Mohon Datuk Bandar baca baik-baik serta fahami tulisan di papan kenyataan yang di pasang oleh pihak MBAS sendiri,” tulis Asmirul di Facebook miliknya.

Asmirul juga membangkitkan situasi Datuk Bandar Alor Setar yang langsung tidak terjejas sepanjang wabak Covid-19 melanda kerana mempunyai gaji tetap, berbanding para peniaga yang hanya bergantung kepada hasil jualan mereka semata-mata.

Adun Kubang Rotan, YB Asmirul Anuar Aris

ARTIKEL VIRAL BERKAITAN : Adun Kota Siputeh sahut cabaran MB Kedah

Sebelum ini, Asmirul dilihat mengamuk apabila pihak MBAS melarang para peniaga dari mencari rezeki di tapak berkenaan pada awal April ini. Video tersebut telah mendapat perhatian rakyat di negeri ini dan ia telah menjadi sensasi dalam masa yang singkat.

Adun Kubang Rotan itu sering menjadi tumpuan apabila dilihat kerap memperjuangkan hak rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di negeri ini.

ARTIKEL VIRAL BERKAITAN : Adun Kubang Rotan risau hasil laut Kuala Kedah rosak berikutan perlaksanaan PKPD

(Visited 77 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )