Afdlin Shauki, Hans dan Altimet hangatkan pemilihan Ketua Cabang PKR
Afdlin Shauki, Hans dan Altimet hangatkan pemilihan Ketua Cabang PKR

Afdlin Shauki, Hans dan Altimet hangatkan pemilihan Ketua Cabang PKR

Afdlin Shauki, Hans dan Altimet hangatkan pemilihan Ketua Cabang PKR apabila bakal bertanding dalam pemilihan PKR pada tahun ini, selepas menghantar pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Cabang parti itu.

Sumber parti memaklumkan, pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac dan penyanyi Altimet, dijangka akan bersaing bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang.

ARTIKEL VIRAL : Hans Isaac bertembung dengan Altimet dalam pemilihan PKR

“Kedua-dua selebriti berkenaan dijangka bertanding dalam saingan sembilan penjuru,” katanya kepada BH, hari ini.

Sementara itu, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki turut bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Setiawangsa.

Hans mengumumkan menyertai PKR pada 2020 manakala Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dan Afdlin menyertai parti berkenaan tahun lalu.

Afdlin Shauki, Hans dan Altimet hangatkan pemilihan Ketua Cabang PKR

ARTIKEL VIRAL : Nurul izzah tidak bertanding dalam pemilihan PKR

Sebelum ini, timbul desas desus beliau akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), selepas penyandang kerusi itu yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dipecat daripada parti.

Pencalonan bagi jawatan Cabang PKR berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu sehingga jam 11.59 malam ini.

ARTIKEL VIRAL : Gempar!! Afdlin Shauki umum bertanding KB PKR Setiawangsa

(Visited 216 times, 1 visits today)

COMMENTS