Agih makanan ke pusat pemindahan, pengantin batalkan majlis kahwin
Agih makanan ke pusat pemindahan, pengantin batalkan majlis kahwin

Agih makanan ke pusat pemindahan, pengantin batalkan majlis kahwin

Banjir yang melanda di beberapa kawasan terutamanya di Selangor sememangnya telah membuatkan banyak aktiviti tergendala.

Antara yang paling terkesan sudah tentu majlis perkahwinan yang sudah lama dirancang namun terpaksa dibatalkan kerana masalah banjir yang berlaku.

Majlis perkahwinan batal

Disebabkan itu, majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di GERBANG Hall Meru tidak dapat dilakukan dan pihak pengantin mengambil inisiatif dengan menyumbangkan makanan yang telah ditempah kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara SMK Meru.

Perkara tersebut dikongsikan laman Facebook milik Ahmad Firdaus Misnan dengan memuat naik sekali gambar orang ramai sedang beratur mengambil juadah yang disumbangkan.

Pengantin & katering sama2 agih makanan

Tak hanya itu, satu akaun TikTok dikenali sebagai @erinerene turut memuat naik video gambar pengantin yang sama-sama menolong mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir setelah majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan disebabkan bah yang melanda. —Oh My Media

@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH ##banjir ##banjirklang ##merubanjir ##mangsabanjir

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

(Visited 26 times, 1 visits today)

COMMENTS