Agong Santai Bonceng Motosikal Penduduk Sambil Memberi Bantuan

Agong Santai Bonceng Motosikal Penduduk Sambil Memberi Bantuan

Umum sedia maklum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mencemar duli menziarahi kawasan-kawasan yang dilanda banjir khususnya di Pahang sejak beberapa hari yang lalu.

Santuni rakyat jelata tumbang motor penduduk

Baginda bukan sahaja memantau keadaan banjir terkini tetapi turut menghulurkan bantuan dan memasak makanan buat mangsa-mangsa
banjir di pusat pemindahan sementara.

Baca Juga : Sharifah Sakinah Mendoakan Teman Lelakinya Yang Dijangkiti Covid-19

Baca Juga : Remaja Maut Akibat Lemas Terjatuh Perahu Ketika Bantu Mangsa Banjir

Selain daripada itu, baginda Agong turut masuk ke dalam kampung untuk melihat rakyat-rakyat Pahang yang menjadi mangsa banjir. Video pertemuan baginda dengan rakyat telah tular selepas laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis memuat naiknya di laman sosial.

Ni baru betul lesen Agong

Apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan baginda yang hanya membonceng motosikal penduduk kampung bagi
menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis.

Hal tersebut menjadi perbualan warganet di ruangan komen dengan merasakan istilah ‘lesen Agong’ sememangnya wujud dan
akhirnya ternyata benar selepas KDYMM Agong dengan santai membonceng motosikal seorang pemuda kampung.

Kenangan paling best bila dapat bawa Agong

Video yang diperoleh daripada En Ahmad Eiazar Bin Sharuddin itu dikongsikan di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis
telah mendapat lebih daripada 10 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak dimuat naik.

KDYMM Baginda Agong telah menziarahi daerah-daerah di Pahang yang sedang dilanda banjir buruk dengan memberikan bantuan dan
juga sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sejak beberapa hari yang lalu.

Sumber Artikel

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )