Ahli Jawatankuasa Bersatu 4 bahagian di Kedah umum keluar parti
Ahli Jawatankuasa Bersatu 4 bahagian di Kedah umum keluar parti

Ahli Jawatankuasa Bersatu 4 bahagian di Kedah umum keluar parti

POKOK SENA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri Kedah terus menerima tamparan hebat apabila pimpinan tertinggi 4 bahagian di negeri ini mengisytiharkan keluar parti dan menyokong parti baru yang akan ditubuhkan oleh bekas pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

4 bahagian tersebut ialah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Kuala Kedah. Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah merangkap Ketua Bahagian Bersatu Merbok, Mejar Anuar Abdul Hamid dalam ucapannya memaklumkan akar umbi parti itu secara majortinya sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan diatas pengkhianatan yang dilakukan dengan bekerjasama bersama puak kleptokrat yang telah ditumbangkan dalam pilihanraya lalu.

“Kita akan teruskan perjuangan melalui wadah baru, Pejuang yang akan berjuang untuk rakyat, bukan untuk kita sendiri,” tambah beliau lagi dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sri Tanjung, Pokok Sena malam ini. Majlis tersebut menghimpunkan pemimpin 4 bahagian yang mengisytiharkan keluar parti.

Tazidi (tengah) dalam sidang media selepas majlis pengisytiharan keluar Bersatu malam tadi

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pokok Sena, Mohd Tazidi bin Awang Kechik dalam sidang media yang diadakan selepas majlis tersebut memaklumkan sebahagian AJK bahagian, ketua-ketua cawangan, ahli serta sayap Armada dan Srikandi telah meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti.

Mereka juga menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Tun Dr Mahathir dan akan bersama-sama bekas perdana menteri itu didalam parti baru yang dikenali dengan nama Parti Pejuang Tanah Air.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS