Ahli PAS tidak salah keluar parti - Mahfuz Omar.
Ahli PAS tidak salah keluar parti – Mahfuz Omar.

Ahli PAS tidak salah keluar parti – Mahfuz Omar.

Alor Setar – Ahli PAS tidak salah keluar parti kerana di dalam parti terdapat banyak pembohongan yang berleluasa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata kenyataan PAS yang sebelum ini tidak akan bersama dengan Umno adalah pembohongan semata-mata.

” Semasa saya menjadi Ketua Penerangan PAS dahulu, saya diminta membuat kenyataan media mengatakan tiada pertemuan antara PAS dan Umno ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.”

” Saya mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa PAS bertemu dengan Umno ketika itu, tetapi secara tiba-tiba Tun Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa memang ada pertemuan antara PAS sehingga saya terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh ahli PAS ketika itu diatas kenyataan saya selaku ketua penerangan.”

” Boleh goggle permohonan maaf saya, saya perlu bela diri saya dan saya membuat macam itu atas desakan pemimpin PAS ketika itu.”

” Ahli PAS boleh tengok pada Pru yang lepas, mereka menafikan bahawa mereka ingin bersama dengan Umno, tetapi apa jadi sekarang ? mereka bercium mulut, berpelukkan ketika ini atas pembohongan depa kepada seluruh ahli PAS di Malaysia.”

Ujar Mahfuz lagi, ” Kenyataan Tuan Ibrahim tidak akan memberi nafas kepada Umno, tidak boleh memberikan hayat kepada Umno, kita tak boleh bersama dengan mereka, semua kenyataan PAS sebelum ini adalah sekadar wayang saja dan hanyalah mainan politik PAS sahaja.”

” Tengok la nie, dia pun dah jadi Menteri penuh, itu yang dia nak sebenarnya, tak sama dengan apa yang dia katakan sebelum ini kepada Umno.”

” Semasa saya dan kepimpinan yang lain keluar PAS, macam-macam orang kata kat kami sampai ketua tebuk atap mengeluarkan fatwa mengatakan darah kami halal dan sebagainya.”

” Tapi hari ini mereka bersama mengangkat kleptrokasi menjadi pimpinan Negara dan menyokong mereka.”

” Sebelum ini kami dihukum macam-macam, sekarang bila ada yang lompat parti, parti tebuk atap boleh menerima orang yang dituduh melanggari baiah PAS dan bekerjasama dengan mereka atas dasar mahukan kuasa dan pangkat”

Katanya lagi, ” Bagi saya ahli PAS seluruh malaysia boleh berfikir hari ini, kerana pada hari ini ahli PAS hanya menjadi kuda tunggangan mereka untuk mereka mencapai matlamat untuk kepentingan peribadi dan bukannya atas semangat parti dan seterusnya mendapatkan kuasa dan kedudukan.”

” Mereka bukannya fikirkan pasal kebajikan ahli, mereka hanya berfikir untuk kepentingan diri mereka sahaja, mereka naik mereka senang.”

” Jadi ahli PAS yang nak keluar parti tiada masalah, jangan duk risau pasal baiah kerana ketua tebuk atap yang juga merupakan seorang ulamak boleh menerima orang yang langgar baiah parti sewaktu ketika dahulu untuk sama-sama berada dalam perikatan nasional.”

” Ahli PAS jangan risau kerana pimpinan atasan mereka pun melanggar pantang larang, tiada sangkut dengan baiah dan sebagainya kerana mereka bercakap tidak menggunakan akal, dan sejarah tak pernah menipu kita semua, ahli PAS boleh berfikir sejenak jika nak keluar parti ataupun tidak, kerana pimpinan PAS hari ini hanya memikirkan soal mereka dan bukannya ahli yang lain,” katanya dalam wawancara yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Ismail Salleh dalam segmen ” Ulasan Mahfuz ” baru-baru ini.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS