Aidil Shahrin pesan pemain Kedah jangan mudah buat silap
Aidil Shahrin pesan pemain Kedah jangan mudah buat silap

Aidil Shahrin pesan pemain Kedah jangan mudah buat silap

Selaku salah satu pasukan pilihan, Kedah Darul Aman pastinya tidak rela untuk terus keciciran mata dan mahu bangkit menebus kekecewaan pada perlawanan lalu apabila tewas mengejut 1-4 di tangan Selangor.

Aksi ‘derbi utara’ yang membabitkan Kedah menentang Penang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pastinya ingin digunakan sebaik mungkin oleh skuad kendalian Aidil Sharin bagi mengutip kembali tiga mata seterusnya memperbaiki kedudukan carta saingan Liga Super musim 2022.

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

Baca Juga : Tan Cheng Hoe umum bimbing Melaka United?

Menurut laporan SemuanyaBola, menerusi aksi perlawanan lalu, jelas Aidil sudah pun mengkaji segala kelemahan yang ada dalam pasukannya dan ingin mengatasinya pada aksi menentang Penang malam ini dan secara tak langsung kembali meningkatkan motivasi para pemain yang sedikit terjejas dengan kekalahan lalu.

“Setiap kelemahan yang dikesan pada babak perlawanan lalu kini sedang di atasi dan pada masa sama cuba meningkatkan keupayaan sebenar pasukan,” katanya.

Aidil Shahrin sudah pun mengkaji segala kelemahan yang ada dalam pasukannya

Dalam masa sama, pengendali dari Singapura itu juga sedar lawan mereka iaitu Penang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani ditambah semangat para pemain untuk turut merebut tiga mata pertama setelah tampil tanpa sebarang kemenangan sejak empat perlawanan lalu.

“Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan beri fokus terbaik sepanjang perlawanan itu nanti.

“Pihak lawan pastinya akan memberi tentangan sengit untuk mencipta kemenangan pertama pada kali ini. Pemain perlu bekerja keras bagi memastikan tidak lagi mencicirkan mata lagi,” katanya.

Untuk rekod semasa, setakat ini Kedah menduduki tangga ketiga carta Liga Super dengan mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan.

(Visited 328 times, 1 visits today)

COMMENTS