Aksi 'longlai' Kedah berpunca masalah gaji? Ini 'respon' CEO Kedah
Aksi ‘longlai’ Kedah berpunca masalah gaji? Ini ‘respon’ CEO Kedah

Aksi ‘longlai’ Kedah berpunca masalah gaji? Ini ‘respon’ CEO Kedah

Kedah Darul Aman terus menampilkan prestasi kurang memberangsangkan apabila mereka hanya sekadar mencatat keputusan seri ketika bertemu Petaling Jaya City dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.

Baca Juga : Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali menafikan prestasi buruk pasukan berpunca daripada masalah gaji yang dialami.

Kedah berada di hadapan dengan keputusan 3-1 hasil jaringan hatrik penyerang import, Ronald Ngah Wanja dan mereka dijangka bakal menamatkan dua kekalahan berturut-turut yang dialami ketika berdepan Sabah dan Melaka United sebelum ini.

Namun, pada 20 minit terakhir, PJ City berjaya bangkit dimana mereka menjaringkan gol menerusi Mahali Jasuli dan bekas pemain Kedah, Khyril Muhymeen pada minit ke-77 dan 83 sekaligus meraih satu mata dan mengecewakan pasukan lawan.

Peminat Kedah nyata kecewa dengan prestasi semasa Kedah Darul Aman dimana pasukan itu bukan sahaja mengutip satu mata dari tiga perlawanan yang dihadapi tetapi barisan pertahanan turut melepaskan 11 gol pada empat perlawanan terakhir liga.

Hatrik penyerang import Kedah, Ronald Ngah Wanja tidak mampu memberi 3 mata penuh pada perlawanan semalam

Menambah kepada kekecewaan dan kebimbangan peminat adalah pasukan itu akan beraksi dalam saingan Piala AFC pada Jun ini dan Kedah dilihat belum bersedia untuk beraksi di pentas Asia.

Benteng pertahanan yang rapuh dilihat bakal menjadi masalah utama dan ketua jurulatih, Aidil Sharin digesa untuk aegera menyelesaikan masalah ini.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Kedah akan turun berdepan Negeri Sembilan pada 17 Mei ini di laman sendiri.

Baca Juga : Elak Badi Import ‘lesu’, Kedah bakal singkir Tiga pemain Import ini?

Baca Juga: Tinggalkan Odisha Fc, Liridon mahu kembali ke Kedah?

(Visited 2,246 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )