Alvaro silva sah kembali sarung jersi Kedah ganti Jang?
Alvaro silva sah kembali sarung jersi Kedah ganti Jang?

Alvaro silva sah kembali sarung jersi Kedah ganti Jang?

Berlegar desas desus pertahanan tengah berusia 38 tahun yang pernah beraksi bersama Kedah Darul Aman, Alvaro Silva semakin hampir untuk kembali menyarung jersi Sang Kenari bagi menggantikan posisi Jang Suk-won.

Ini kerana, sebelum ini terdapat perkhabaran yang Jang bakal bersara daripada bola sepak disebabkan masalah kecederaan yang membelenggunya. Ia berikutan ciapan wartawan The Star, T. Avineshwaran sebelum ini.

Baca juga: Tiga Faktor Kedah bakal jadi lebih ‘huru hara’ dengan ketiadaan Syafiq?

Namun, belum ada pengesahan rasmi mengenai status kedua-dua pemain ini sama ada meninggalkan dan menyertai pasukan selepas ini.

Untuk rekod Silva pernah tampil sebanyak 13 kali dalam saingan Liga Super bersama Kedah pada musim 2018.

Pada musim itu, Kedah menduduki tangga ke-6 liga, tersingkir di pusingan ketiga Piala FA dan menampilkan persembahan terburuk di saingan Piala Malaysia apabila berada di posisi tercorot peringkat kumpulan.

Mereka gagal mengulangi pencapaian terbaik musim sebelumnya – tangga ke-4 Liga Super, juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia. Ia adalah musim sebelum kehadiran Aidil Sharin yang mengubah situasi buruk mereka.

Untuk rekod Silva pernah tampil sebanyak 13 kali dalam saingan Liga Super bersama Kedah pada musim 2018.

Adakah Aidil mahu menagih semula kudrat bekas pemain yang berada bersama Sang Kenari saat pasukan berada dalam situasi terburuk mereka? Ia tidak dapat dipastikan.

Tetapi jika benar Jang sudah tiada, tentunya seorang bek tengah baharu bakal dibawa masuk untuk menggantikannya di jendela perpindahan ini.

Dan tiba-tiba, kelibat Silva dilihat berada di sekitar Alor Setar, malah dilihat ‘melawat’ bekas pasukannya.

Malah, beliau bukan sahaja ‘melawat’ sekitar Alor Setar, beliau juga berada di dalam Stadium Darul Aman.

Mana mungkin beliau sengaja untuk berada di dalam stadium pada sebelah petang pada saat dan ketika ini.

Beliau juga dilihat berkongsi momen-momennya ketika menyarung jersi Kedah di Instagram peribadinya.

Jika benar Silva adalah pemain yang bakal dibawa masuk ke Kedah, mampukah beliau memberikan yang terbaik di posisi pertahanan tengah yang bergelut pada musim ini.

Kedah dibolosi 17 gol dalam sembilan perlawanan dan merupakan yang tertinggi di liga bersama pasukan yang bergelut di zon penyingkiran – Sarawak United.

Baca juga: Isu ‘Tokong’ punca Syafiq pulang awal ke pangkuan JDT?

Namun, timbul kembali persoalan pada hari ini adalah apabila beliau berkongsi melawat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan bertemu Kiko Insa yang diketahui bertindak sebagai ejen pemain.

Adakah Silva kini adalah seorang ejen pemain dan membawa profil pemain untuk diperkenalkan di saingan Liga Malaysia selepas ini?

Dua pasukan telah dilawatinya dan ketika ini beliau sedang berada di Kuala Lumpur. Adakah beliau ejen atau sedang mencari pasukan untuk beraksi? Sama-sama kita nantikan perkembangan terkini tentangnya.

(Visited 13,550 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )