AMANAH, DAP, jumpa Warisan, Bersatu Tun M pra sidang Dewan Rakyat.
AMANAH, DAP, jumpa Warisan, Bersatu Tun M pra sidang Dewan Rakyat.

AMANAH, DAP, jumpa Warisan, Bersatu Tun M pra sidang Dewan Rakyat.

AMANAH, DAP, Warisan dan Bersatu Tun Dr Mahathir hari ini membuat mesyuarat khas bagi membincangkan perancangan mereka menjelang sidang Dewan Rakyat Isnin, 13 Julai ini.

Mesyuarat yang diadakan di Rumah Sabah, Kuala Lumpur itu telah berlangsung lebih satu jam bermula jam 4 petang tadi.

Mesyuarat yang disertai oleh kesemua pemimpin utama ke empat parti kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad di mana kumpulan beliau diketuai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

AMANAH diwakili tiga pemimpin utamanya iaitu Haji Mohamad Sabu, Naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Komunikasi Khalid Abd Samad.

DAP pula diwakili oleh Tan Kok Wai, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Liew Chin Tong manakala Warisan di ketuai oleh Datuk Seri Shafei Apdal.

Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Azli Yusof ketika membuat ulasan beliau berkata, “Dulu PH + TunM & Warisan.

“Sekarang PH + Blok Bebas (kembalikan mandat, tolak klekptokrasi).

“Apa masalah….” tulis beliau yang dipercayai mengulas kenapa PKR tidak menyertai mesyuarat ini.

Sumber : Malaysiadateline.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS