AMANAH Ingatkan PH Menang PRU14 Kerana Gandingan Tun M dan Anwar
AMANAH Ingatkan PH Menang PRU14 Kerana Gandingan Tun M dan Anwar

AMANAH Ingatkan PH Menang PRU14 Kerana Gandingan Tun M dan Anwar

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengingatkan bahawa kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)
yang lalu bukanlah disebabkan mereka mempunyai manifesto yang lebih baik daripada kerajaan Datuk Seri Najib Razak
atau bosan dengan Kerajaan dulu.

Sebaliknya beliau menegaskan, kemenangan PH yang lalu adalah disebabkan dua tokoh negara antara bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berganding bahu dan bekerjasama yang hebat.

Kerana itu katanya, semua pihak perlu mencari satu titik persamaan seperti pilihanraya lalu untuk kembali membina
strategi untuk menjadikan impian gabungan itu untuk mengambil alih semula Putarajaya menjadi kenyataan.

Baca Juga : Siti Kasim Mohon Maaf Tersilap Kongsi Gambar Edit

“Benar, kemenangan kita dalam PRU ke-14 dimungkinkan kerana gandingan dua tokoh lagenda dan negarawan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Menurutnya, ini yang perlu diakui.

“Namun faktor penentu dalam menjayakan cita-cita kita untuk menumbangkan kerajaan Kleptokrat Najib-BN ialah
penampilan satu ‘Grand Coalition’ yang padu atau satu ‘Koalisi Raksasa’, yang menggembleng seluruh tenaga pembangkang
bersama rangkaian NGO.

“Kita wajar mencari sentuhan ajaib seperti PRU lalu untuk kembali melakar strategi bagi menjayakan impian untuk
memenangi kembali Putarajaya dalam PRU ke-15 akan datang,” kata Mohamad Sabu ketika berucap merasmikan
Konvensyen AMANAH Nasional hari ini.

Pada masa sama Ahli Parlimen Kota Raja itu mengesahkan bahawa tidak mudah buat kepimpinan pusat untuk mengemudi ‘kapal dalam lautan yang sentiasa bergelora’

Namun kata Mohamad Sabu, hasil usaha gigih dan doa yang tidak henti, AMANAH bersama-sama dengan rakan seperjuangan Pakatan Harapan Plus berhasil merenggut alih kerajaan Persekutuan dalam Pilihanraya lalu.

Tambahan pula katanya, tidak kelewatan untuk parti semuda itu membuat perbedaan pencapaiannya, berbanding parti-parti lebih besar yang lain dan mempunyai tokoh-tokoh tersohor.

“Memenangi 11 kerusi Parlimen dan mempunyai 33 anggota Ahli Dewan Undangan (ADUN) di beberapa negeri bukanlah satu pencapaian yang kecil.

“Parti yang bertekad berdiri di atas pegangan Islam yang Rahmah dan Inklusif serta menolak fahaman ekstremisme agama ini, semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,” kata Mohamad Sabu

Baca Lagi : “Bawa Isu Ini Ke Mahkamah Sebagai Jalan Terakhir”- Sanusi

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS