AMANAH Kedah bersama dengan Doktor Kontrak

AMANAH Kedah bersama dengan Doktor Kontrak

JANGAN LAYAN MEREKA SEPERTI PEKERJA KELAS DUA.

1. 26 Julai 2021 akan menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah negara. Seramai lebih 23 ribu doktor kontrak akan melakukan mogok tidak hadir bekerja selama satu hari.

2. Isu ini timbul apabila pihak kerajaan merasakan telah berlaku lambakan doktor dalam negara, lalu sejak 2016 sejumlah lebih kurang 5000 graduan perubatan yang di lahirkan setiap tahun, diambil bekerja dengan jawatan kontrak.

3. Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan, seramai 51,912 (73%) berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 23 071 (32%) orang adalah doktor kontrak dan sejak 2016 hanya 786 orang (3.4%) orang telah diserap ke jawatan tetap.

4. Pandemik Covid 19 telah membuktikan ‘lambakan’ doktor adalah tidak benar. Negara masih kekurangan doktor perubatan terutamanya di luar bandar. ‘Lambakan’ berlaku kerana pihak SPA/JPA tidak membuka jawatan baharu kerana faktor kewangan.

5. Sistem Kesihatan negara patut berkembang dan di tambahbaik dalam semua aspek dan asas kepada penambahbaikan itu ialah sumber manusia. Sekali lagi Pandemik Covid 19 telah mendedahkan segala kepincangan sistem kesihatan negara. Malaysia adalah negara yang menguruskan gelombang ketiga Covid 19 paling buruk dalam dunia. Selepas 6 bulan lebih darurat, 2 bulan lebih pkp 3.0, negara mencatat angka harian tertinggi melebihi 13 ribu kes dan angka kematian tertinggi dalam dunia berbanding jumlah penduduk.

6. Doktor kontrak dilayan sebagai pekerja kelas dua :

  • Gaji yang kurang
  • Kemudahan yang di nafikan
  • Peluang untuk di serap ke jawatan tetap sangat kecil dan mekanisma nya tidak jelas
  • Peluang untuk meneruskan kerjaya tertutup
  • Kontrak mereka boleh di tamatkan pada bila – bila masa.

7. 23 071 doktor kontrak ini adalah aset negara. Mereka berhak di layan sebagaimana pekerja lain dalam negara ini. Mereka sekarang di layan sebagai pekerja kelas dua oleh kerajaan gagal. Kerajaan yang sebenarnya gagal melakukan reformasi terhadap sistem kesihatan negara dan kegagalan ini di bebankan keatas lebih 23 ribu orang doktor kontrak.

8. AMANAH Negeri Kedah mendesak kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Menteri Kewangan, SPA/JPA dan KKM mengkaji semula semua tuntutan doktor kontrak bersesuaian dengan satu reformasi secara menyeluruh sistem kesihatan negara perlu di lakukan. Lakukan segera sebelum ianya lebih parah.

Pengerusi AMANAH Negeri Kedah
Yb Dato Hj Phahrolrazi bin Mohd Zawawi

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )